Alaioli
Maahgeshan
Kulai, Johor –7Dec Inisiatif Belanjawan Johor 2026 (Perumahan Kasih Johor) telah dilancarkan secara rasmi di IOI Mall Kulai, menandakan satu langkah penting dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan rakyat Johor dapat memiliki kediaman yang berkualiti, selamat, dan selesa.

YB Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Johor merangkap ADUN Bukit Permai, menzahirkan penghargaan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas komitmen yang jelas dalam memacu pembaharuan dasar perumahan rakyat. Beliau berkata, kepimpinan Menteri Besar telah membuka ruang kepada pendekatan yang lebih menyeluruh, telus, dan responsif terhadap keperluan keluarga Johor masa kini.

Johor telah menetapkan sasaran untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2030. Sehingga suku kedua 2025, lebih 20,000 unit RMMJ telah disiapkan, manakala hampir 10,000 unit lagi sedang dalam pembinaan. Ini membuktikan bahawa perancangan kerajaan negeri diterjemahkan kepada pelaksanaan yang nyata.
Tahun 2026 menyaksikan pengenalan tiga inisiatif baharu Perumahan Kasih Johor yang bertujuan membantu golongan pembeli rumah pertama dan keluarga muda. Inisiatif-inisiatif ini dirangka untuk meringankan kos sara hidup dan memberi ruang kepada rakyat untuk memulakan kehidupan di rumah sendiri dengan lebih yakin.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah:
Bantuan Sewa Rumah: Bantuan sebanyak RM200 sebulan selama 10 bulan kepada keluarga yang masih menyewa sementara merancang untuk memiliki rumah sendiri.
Bantuan Beli Rumah Pertama: Bantuan sebanyak RM5,000 kepada rakyat yang berhasrat memiliki rumah pertama kategori RMMJ, lot Bumiputera, atau unit sub-sale bernilai di bawah RM500,000.
Kenaikan Bantuan Masuk Rumah: Kenaikan bantuan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebagai sokongan awal kepada pembeli yang menerima kunci rumah antara 2025 hingga 2026.

Pada majlis pelancaran tersebut, kerajaan menawarkan 602 unit RMMJ merangkumi tujuh projek dan turut melancarkan iklan bagi 467 unit tambahan, termasuk projek RTBJ. Selain itu, penyerahan Sijil Layak Menduduki Rumah (SLMR) bagi 140 unit turut diadakan, menandakan bermulanya kehidupan baharu bagi keluarga yang telah lama menanti rumah idaman. Sijil rumah prihatin juga disampaikan pada majlis tersebut.
Usaha-usaha ini, termasuk pengukuhan dasar, penawaran besar-besaran, dan sokongan kewangan langsung, membina satu ekosistem perumahan negeri yang lebih moden dan berdaya saing. Kerajaan Negeri Johor berharap agar Johor akan terus menjadi negeri contoh dalam menyediakan perumahan berkualiti dan bermaruah untuk rakyatnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Yang Berbahagia Tuan Fizwan Rashidi Dato’ Haji Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai, Yang Berhormat Datin Paduka Dr Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para pempamer (pemaju perumahan & institusi kewangan), serta rakan media.
#MajuJohor #BangsaJohor #DMJafni #JohorBersih #JohorSelamat #semaraksubuhJohor #RMMJ #XtifJohor #JohorSmartCity #zoojohor
ஜொகூர்
ரினி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி ஆறாம் ஆண்டு மாணவர்களின் பட்டமளிப்பு விழா சிறப்பாக நிறைவு
ஜொகூர்
ஜொகூர், பொந்தியானில் வெள்ளத்திற்கான அறிகுறி- தீயணைப்புத்துறை விரிவான கண்காணிப்பு.
தெலுக் இந்தான்
தெலுக் இந்தான் மகா மாரியம்மன் ஆலய கும்பாபிஷேகம். ஏராளமான பக்தர்கள் பங்கேற்பு
தெலுக் இந்தான்
அருள்மிகு ஶ்ரீ மகா நாகமுத்து மாரியம்பிகை ஆலயத்திற்கு ரிம 82,640.00 மானியம் வழங்கினார் ஙா கோர் மிங்
கோலாலம்பூர்
மலாயாப் பல்கலைக்கழக இந்தியப் பிரிவின் பட்டமளிப்பு பாராட்டு விழாவில் டான்ஶ்ரீ குமரன் பேச்சு
கூலிம்
தடைகளைத் தாண்டிய தன்னம்பிக்கை: ஆசிரியர் மதன் பாஸ்கரனின் கல்விச் சாதனை
ஜொகூர்
Jemputan Ke Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 2.0 Untuk Warga DUN Tenggaroh
கூலாய்
ஜொகூர் காசிஹ் வீடு தொடக்கவிழா! டத்தோ’ ஹாஜி ஜாப்னி முகமது ஷுக்கோர் தொடக்கி வைத்தார்