Alaioli
Jemputan Ke Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 2.0 Untuk Warga DUN Tenggaroh

Maahgeshan 

Johor Des 7– YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Tenggaroh serta Pengerusi MIC Negeri Johor, dengan sukacitanya menjemput semua penerima yang layak untuk menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 2.0 yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember 2025.

 

Majlis ini merupakan manifestasi keprihatinan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, serta Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan setiap keluarga di DUN Tenggaroh terus terpelihara dan tidak diabaikan. Bantuan Kasih Johor 2.0 ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam menyokong dan membantu golongan yang memerlukan.

 

Antara inisiatif yang akan disampaikan pada majlis tersebut termasuklah bantuan yang dikhususkan untuk:

 

- Ibu Tunggal

- Komuniti Orang Asli

- Petani

- Penternak

- Nelayan

- Warga Emas

- Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) OKU

- Ketua Kampung

- Ketua Masyarakat Cina

- Sukarelawan KEMAS

- Keluarga Miskin

- Ketua Blok FELDA

- Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT)

 

Sehubungan itu, dijemput semua penerima dan warga DUN Tenggaroh untuk hadir beramai-ramai ke majlis ini. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat membawa kelegaan, meringankan beban, serta memberikan sinar harapan untuk kita semua. Kehadiran anda amatlah dihargai.

 

#MajuJohor #BangsaJohor #Johor #DUNTenggaroh #BKJ2026

Leave a Comment
Trending News