Alaioli
Mayat Wanita Dalam Beg: Mangsa Dicekik di Ampang

SEREMBAN, 21 Disember - Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lalu, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.


Menurut Bernama, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.


\"Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Muhammad Idzam berkata setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.


Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari

Leave a Comment
Trending News