Alaioli
Oleh SUKAN ALAIOLINEWS
MILAN – Pendahulu liga Itali, Inter Milan semakin hampir menjulang kejuaraan Serie A musim ini selepas membelasah musuh tradisinya AS Roma 5-2 dalam aksi penuh menghiburkan di laman sendiri awal pagi semalam.
Kemenangan besar itu menyaksikan Inter kini selesa menghuni takhta liga dengan kelebihan sembilan mata, sekali gus meletakkan mereka di landasan terbaik untuk menamatkan musim ini sebagai juara Serie A.
Gandingan berbisa Marcus Thuram dan Lautaro Martinez menjadi kunci kejayaan apabila kedua-duanya memainkan peranan besar dalam merobek kubu pertahanan Roma.
Martinez yang kembali daripada kecederaan sepenuhnya terus mempamerkan sentuhan berbisa di bahagian serangan apabila berjaya meledakkan dua gol, termasuk jaringan seawal minit pertama yang mencetuskan momentum agresif buat tuan rumah.
“Kami turun dengan sikap yang betul kerana Roma adalah pasukan yang sangat kuat. Kami gembira dan Thuram sekali lagi membuat perbezaan seperti biasa,” kata Martinez.
Thuram pula mengakui keserasian bersama kapten pasukan itu menjadi faktor utama kejayaan Inter, terutama dalam situasi sukar di atas padang.
“Memang saya ada hubungan istimewa dengan Lauti. Dia kapten kami dan sentiasa memberi contoh, terutama pada saat sukar. Dia buktikannya seawal minit pertama dan kami sangat gembira dia kembali,” jelasnya.-Alaiolinews
சிலாங்கூர்
இறைச்சி வெட்டும் கத்தியால் போலீஸ் அதிகாரியைத் தாக்கும் முயற்சியில் ஈடுபட்ட ஆடவருக்கு ரிம.9,100 அபராதம்
கோலாலம்பூர்
Mi segera kini berperisa nasi lemak
ஜொகூர்
Gangguan bekalan air berjadual di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian
கோலாலம்பூர்
Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark, kata Zii Jia
கால்பந்து
Piala Dunia 2026: FIFA desak Donald Trump tangguh operasi ICE, bimbang cetus kekacauan
கோலாலம்பூர்
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei depan
சிலாங்கூர்
சிலாங்கூர் மாநில அளவில் வாழும் சீக்கிய பெருமக்களுக்கு வைசாக்கி புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்
புத்ராஜெயா
Sindiket pemalsuan dokumen pekerja asing lumpuh, dalang utama warga Nepal turut dicekup Imigresen