Alaioli
Wanita dicekup polis, simpan raifal jenis M16 dalam rumah

By Ilamparithi

KUALA KRAI – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak di sini pada Isnin.

Tangkapan ke atas wanita itu dilakukan kira-kira pukul 6.45 petang menerusi Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan negeri Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain ketika mengesahkan tangkapan itu berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan pasukan di dalam rumah berkenaan berjaya membawa kepada rampasan lima laras senjata api pelbagai jenis temasuk raifal M16.

“Suspek dan kesemua senjata api yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya di sini. - Alaiolinews 

Leave a Comment
Trending News