Alaioli
By S.KUMARA
London: Manchester United makin positif untuk menamatkan badi dua musim layak ke Liga Juara-Juara (UCL) Eropah selepas gol tunggal Matheus Cunha berjaya mengesahkan kemenangan penting 1-0 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.
Kemenangan itu sekaligus menyaksikan the Red Devils melebarkan jurang kepada 10 mata di tangga ketiga dengan Chelsea di kedudukan keenam, dengan hanya 15 mata berbaki untuk direbut penghujung musim 2025/26.
Lima pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) akan layak ke UCL musim depan.
Namun, kekalahan keempat berturut-turut liga menyaksikan peluang the Blues kembali ke pentas elit Eropah musim depan hampir musnah, sekali gus memberi tekanan kepada Liam Rosenior yang baru lebih tiga bulan menerajui pasukan bermasalah itu.
Chelsea sekali lagi berdepan masalah ketiadaan penyerang berbisa apabila gagal menembusi benteng pertahanan sementara United yang dihimpit kecederaan dan penggantungan.
Pengendai interim Red Devils, Michael Carrick terpaksa menurunkan barisan pertahanan membabitkan tiga pemain bek sisi serta pemain berusia 19 tahun, Ayden Heaven.
Namun, mereka berjaya bertahan dengan baik atas padang sepanjang 90 minit perlawanan tanpa membolos sebarang jaringan sekali gus menguatkan peluang bekas pemain tengah England itu untuk kekal mengendalikan pasukan di Old Trafford selepas musim ini.
\"Ia sangat besar buat kami, kemenangan sangat penting. Datang ke sini dan mencatatkan tanpa bolos seperti ini, serta cara kami bertahan, saya rasa ia satu persembahan hebat,\" kata Carrick.- Sukan Alaioli
சிலாங்கூர்
பள்ளி மாணவர்கள் கழிப்பறை சுற்றுப் புறங்களைச் சுத்தம் செய்வது கேவலமில்லை!- சமூக ஆர்வலர் பரம்சிவா விளக்கம்.
ஆலயம்
தெலுக் இந்தான் சித்திரா பௌர்ணமி நெறியுடனும் பண்பாட்டுடனும் நடைபெற காவல் துறை தீவிரம் : டத்தோ சிவநேசனுடன் கையோடு கைகோர்ப்பு..!
சிலாங்கூர்
தாமான் அமான் குடியிருப்பில் கால்வாய்கள் உடைந்து பாதிப்பு, மக்கள் அவதி- சாம்சன் நடவடிக்கை
பினாங்கு
Tech Dome Penang Sparks Scientific Curiosity Among Students
சிலாங்கூர்
Mayat bunuh dibungkus dalam kanvas di Pulau Angsa
பினாங்கு
Persiapan Sukan SEA 2027 di Pulau Pinang cecah 85 peratus
கிளாந்தான்
Wanita dicekup polis, simpan raifal jenis M16 dalam rumah
கோலாலம்பூர்
நிதி கட்டுப்பாடுகளுக்கிடையில் மலேசியாவின் பொருளாதார நிலைத்தன்மை நம்பிக்கையான இலக்கை நோக்கி பயணிக்கிறது - மாண்புமிகு சிவகுமார்!!