Alaioli
TYT PULAU PINANG TUN RAMLI HADIRI PERASMIAN RESTORAN LOVE BABA NYONYA DI JURU – MAJLIS JUGA MERAYAKAN HARI JADI TOH PUAN

Oleh MAAHGESHAN 

Juru 13 JANUARI 2026 – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli, bersama Yang Mulia Toh Puan Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, telah menghadiri majlis perasmian Restoran Love Baba Nyonya yang terletak di Juru hari ini.


Selain menyaksikan pembukaan restoran tersebut, majlis juga diadakan untuk merayakan hari jadi Yang Mulia Toh Puan Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.

 

Restoran ini menyajikan hidangan masakan yang menggabungkan pengaruh kaum Melayu dan Cina, yang telah memanifestasikan nilai tradisi serta warisan budaya masyarakat berbilang kaum di negeri Pulau Pinang.

 

Perasmian restoran ini diharapkan dapat memperkaya serta memperkukuh warisan kulinari tempatan, sambil memperkenalkan keistimewaan masakan khas daerah ini kepada lebih ramai orang. Kejayaan majlis yang digabungkan dengan sambutan hari jadi telah menjadikan acara tersebut lebih bermakna dan penuh makna kepada semua yang hadir.



Post ImagePost ImagePost ImagePost Image

Leave a Comment
Trending News