Alaioli
By Alaiolinews
SEREMBAN – Pihak sekolah tidak dibenarkan menahan sijil atau dokumen rasmi murid sewenang-wenangnya atas alasan kegagalan membuat sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di institusi tersebut, kata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada Rabu.
Pengarahnya Khalida Omar berkata, sumbangan PIBG adalah tanggungjawab sukarela dan tidak boleh dijadikan sebagai syarat dalam sebarang urusan melibatkan murid.
“Pihak kami mengambil maklum berhubung kandungan tular di platform TikTok berkaitan dakwaan tentang penahanan sijil seorang pelajar sekolah.
“JPNS memandang serius tentang perkara ini dan telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh mengenai kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Sebelum ini, seorang pelajar lelaki yang meraih 9A dalam Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Senawang di sini didakwa ditahan secara sementara sijil kecemerlangannya dan wang bernilai RM250 susulan yuran PIBG yang masih tertunggak.- Alaiolinews
பேராக்
சுகாதார நலத்திட்டங்கள் மக்களை சென்றடையச் செய்வோம் ; சட்ட மன்றத்தில் பதிலளித்தார் டத்தோ சிவநேசன்..!
சிலாங்கூர்
இறைச்சி வெட்டும் கத்தியால் போலீஸ் அதிகாரியைத் தாக்கும் முயற்சியில் ஈடுபட்ட ஆடவருக்கு ரிம.9,100 அபராதம்
கோலாலம்பூர்
Mi segera kini berperisa nasi lemak
ஜொகூர்
Gangguan bekalan air berjadual di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian
கோலாலம்பூர்
Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark, kata Zii Jia
கால்பந்து
Piala Dunia 2026: FIFA desak Donald Trump tangguh operasi ICE, bimbang cetus kekacauan
கோலாலம்பூர்
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei depan
சிலாங்கூர்
சிலாங்கூர் மாநில அளவில் வாழும் சீக்கிய பெருமக்களுக்கு வைசாக்கி புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்