Alaioli
By Editor Alaioli
KUALA LUMPUR – Salah satu menu kegemaran utama waktu pagi, iaitu nasi lemak kini dibawa ke tahap baharu apabila jenama mi segera, Nuuna berkolaborasi dengan restoran Nasi Lemak Burung Hantu (NLBH) bagi menghasilkan mi dan mihun goreng segera berperisa nasi lemak.
Kerjasama itu dilihat sebagai usaha memperluaskan pengalaman menikmati hidangan tradisi itu kepada pengguna yang mahukan pilihan lebih pantas dan mudah tanpa perlu ke restoran.
“Jadi produk ini menjadi alternatif yang lebih mudah,” katanya pda sidang media pelancaran Nuuna x Nasi Lemak Burung Hantu di NLBH Sri Hartamas, Rabu.
Tambah beliau, cabaran utama dalam pembangunan produk itu adalah memastikan rasa yang dihasilkan mampu memberikan pengalaman yang hampir sama dengan hidangan asal.
“Kami buat banyak proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), ujian dan penambahbaikan supaya rasa itu sedekat mungkin. Bila makan, pelanggan dapat rasa sambal, kepedasan dan elemen seperti ikan bilis yang mengingatkan mereka kepada NLBH,” ujarnya.
Dalam pada itu, jurucakap Serba Wangi Sdn. Bhd., Azri Fahmi pula berkata, pihaknya tidak mahu sekadar menghasilkan produk berinspirasikan Nasi Lemak, sebaliknya mahu mengekalkan identiti rasa sebenar yang dikenali rakyat Malaysia.
“Nasi lemak bukan sekadar perisa, ia sesuatu yang membesar bersama rakyat Malaysia; Sebab itu kami pilih rakan kolaborasi yang mempunyai profil yang jelas dan sudah dipercayai,” ujarnya lagi.
Malah katanya, setiap komponen dalam mi dan mihun segera tersebut dibangunkan bagi mencerminkan elemen penting nasi lemak seperti tahap kepedasan sambal, aroma bawang goreng, rasa ikan bilis serta keseimbangan asam jawa.
“Pengguna hari ini mahukan makanan yang mudah tanpa mengorbankan rasa asli. Itu yang kami cuba capai melalui produk ini,” jelasnya.
Azri menegaskan bahawa keunikan kolaborasi itu juga terletak pada keupayaan membina kepercayaan pengguna melalui gabungan dua jenama yang sudah mempunyai pengikut tersendiri.
“Kami mahu hasilkan sesuatu yang lebih bermakna, bukan sekadar produk biasa di pasaran, tetapi sesuatu yang dekat dengan pengguna dan konsisten dari segi rasa,” ujarnya lagi.
Mi dan mihun segera berperisa Nasi Lemak oleh Nuunu dan NLBH menemui pasaran tempatan dengan jualan pada harga RM7.99 dan kini boleh didapati secara eksklusif di rangkaian Jaya Grocer serta platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada.
சிலாங்கூர்
ஆலயத் தூண் சாய்ந்து மரணமுற்ற சீன மாணவிக்கு இடைநிலைப் பள்ளி மாணவர்கள் ஆசிரியர்கள் கண்ணீர் மழையில் இறுதி அஞ்சலியுடன் வழி அனுப்பினர்
பேராக்
Perak terima 29,310 permohonan pendaftaran Tahun Satu bagi sesi 2027
கெடா
57 anggota PGA digerakkan ke 13 stesen minyak 'hot spot' di sempadan Malaysia-Thailand elak ketirisan bahan api subsidi
சிலாங்கூர்
செமினி, இனிய நந்தவனம் இலக்கிய விழாவில் , சிலாங்கூரில் 3 பெண்மணிகள் தமிழ்மாமணி விருது பெறுகின்றனர்
திருக்கோவில்
நூறாண்டுகள் பழைமையான ஜூக்ரா கருமாரியம்மன் ஆலயத்தில் வருடாந்திர தீமிதி திருவிழா
ஜொகூர்
ஊடகப் பணியாளர்களுக்கு 300 லிட்டர் ரோன்95 பெட்ரோல் ஒதுக்கீடு தொடர வேண்டும் – ஊடக அமைப்புகள் கோரிக்கை.
பேராக்
வெற்றிக்கு வித்திடும் சூரியசக்தி மின்சாரம் குறித்து சிதம்பரம்பிள்ளை பள்ளி ஆர்வம்..!
கிளாந்தான்
Sindiket kaut untung RM15,000 satu kepala seludup PATI tersungkur, 37 warga Myanmar ditangkap PGA