Alaioli
Oleh MAAHGESHAN
4 Mac 2026-GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) secara rasmi melancarkan Dana Pembangunan Belia (DPB) bagi tahun 2026. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dalam satu sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
Inisiatif ini merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan negeri menerusi peruntukan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia, Sukan & Kesihatan dalam menyokong dan memperkasa pertubuhan belia di seluruh negeri. Fokus utama dana ini adalah untuk membiayai pelaksanaan program-program yang membawa impak tinggi kepada komuniti.
Menurut YB Tuan Daniel Gooi, dana ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berintegriti dan berdaya saing selaras dengan visi PYDC. Beliau menekankan bahawa sokongan kewangan ini akan disalurkan khusus bagi program yang meliputi lima aspek utama:
1. Pembangunan Kemahiran
2. Kebolehpasaran Belia
3. Aktiviti Kesukarelawanan
4. Kepimpinan
5. Pengiktirafan dan Penganugerahan
"Melalui Dana Pembangunan Belia ini, kita mahu memastikan pertubuhan belia mempunyai sumber yang mencukupi untuk menggerakkan inisiatif yang mampu mencungkil potensi penuh anak muda di Pulau Pinang," ujar beliau semasa sidang media tersebut.
Semua pertubuhan belia yang berkelayakan dijemput untuk mengambil peluang ini bagi memohon bantuan dana sebelum tarikh tutup pada 12 April 2026.Pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui portal rasmi di pautan https://pydc.com.my/portaldpb/.
Usaha ini diharap dapat menyemarakkan lagi ekosistem pembangunan belia yang holistik, sekaligus menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang maju dan progresif melalui pemerkasaan golongan muda.
#AlaiOliNews
பினாங்கு
KEADILAN Pulau Pinang, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pihak Cetus Sentimen Perkauman
சிலாங்கூர்
ஏழு தினங்களாக மின்தடையால் காயு ஆரா அடுக்ககக் குடியிருப்பாளர்கள் அவதி, இப்போது குடிநீரும் இல்லை; என்ன கொடுமை என சமூக ஆர்வலர் பரம்சிவா கேள்வி
கோலாலம்பூர்
அரசின் மேற்பார்வையில் செயல்படும் 1,781 பெர்பாடுவான் பாலர் பள்ளிகள் தரம் மேம்படுத்தப் பட்டுள்ளன; யுனேஸ்வரன் தகவல்.
பினாங்கு
Kerajaan Pulau Pinang Lancar Dana Pembangunan Belia (DPB) 2026 Perkasakan Potensi Anak Muda
பினாங்கு
பினாங்கில் சமூக ஒற்றுமையை பலப்படுத்தும் நோக்கத்தில் மாநகர் மன்ற உறுப்பினர்களின் நோன்பு துறப்பு நிகழ்ச்சி!
புக்கிட் தாம்பூன்
சுங்கை பக்காப் அருள் மிகு கற்பக விநாயகர் ஆலய கும்பாபிஷேகதில் கலந்துகொள்ள ஆலய நிர்வாகம் அழைப்பு
பினாங்கு
மலேசிய இந்து சங்கம் குளுகோர் வட்டாரப் பேரவை அனைத்து வட்டார கோவில்களுக்கும் சந்திப்புக் கூட்டம்
பந்திங்
நீண்ட வரலாற்றைக் கொண்ட கேரித் தீவு, மாணிக்க வாசகம் இந்தியர் கிராமத்திற்கு , கிராம அந்தஸ்தைப் பெற மாவட்ட நில இலாகா பதிவேட்டில் இடம் பெறச் செய்யும் நடவடிக்கை; ஹரிதாஸ் ராமசாமி தகவல்