Alaioli
By Ilamparithi
PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu lagi kegiatan pemalsuan data dan dokumen pekerja warga asing menerusi pelaksanaan Ops Serkap, hasil risikan serta pemantauan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan di dua premis kediaman di Selayang dan Desa Petaling itu telah membongkar taktik licik sindiket yang cuba memanipulasi sistem imigresen serta mencabar integriti pengurusan warga asing negara.
"Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket ini melibatkan pengubahsuaian ke atas dokumen tulen JIM seperti ePASS dan mengeluarkan pelekat palsu untuk digunakan oleh pihak lain bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zakaria turut menambah bahawa, sindiket itu juga menyediakan dokumen pendaftaran perkahwinan dan laporan perubatan bagi tujuan permohonan melibatkan JIM dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Malah katanya, sindiket berkenaan dipercayai beroperasi secara terancang selama hampir dua tahun bagi memudahkan kemasukan dan keberadaan warga asing secara tidak sah di negara ini.
"Dalam serbuan ini antara barangan yang berjaya dirampas ialah 11 pasport pelbagai negara, i-Kad (15), masing-masing lima peranti digital dan telefon bimbit serta sebuah mesin pencetak.
"Selain itu, seorang wanita dan dua lelaki warga Sri Lanka berusia 35 hingga 45 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan selain satu saman kepada saksi (Borang 29) dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut," ujarnya lagi.
Tegasnya, kesemua individu yang ditahan kini ditempatkan di depot imigresen untuk siasatan lanjut yang dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). - Alaiolinews
ஜொகூர்
கல்வியில் சிறந்த இலக்கை எட்டிப்பிடிக்க இந்திய மாணவர்களுக்கு இலவச தன்முனைப்புக் கல்விக் கருத்தரங்கு 2026.
ஷா ஆலம்
மாநில அரசின் பந்துவான் புளூபிரிண்ட் திட்ட நடவடிக்கையின் செயல்பாடுகள் குறித்து பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.
ஷா ஆலம்
சிலாங்கூர் மாநில இல்திஷாம் புரோகிராம் பந்துவான் திட்டத்தில் தகுதி பெற்ற மாணவர்களுக்கு உதவிகள் முன்னெடுக்கப்படும்= பாப்பா ராய்டு அறிவிப்பு.
ஆசியான்
Isteri polis, prebet askar ditangkap dalam bilik sewa
சிலாங்கூர்
Tiga termasuk Timbalan Pengerusi NGO ditahan SPRM kes seleweng dana zakat RM230 juta
சிலாங்கூர்
Ops Serkap bongkar sindiket manipulasi sistem imigresen beroperasi hampir dua tahun
சிலாங்கூர்
Konflik Asia Barat: PM memperkenalkan Kemudahan Khas RM5 bilion untuk Perusahaan PMKS
போதைப்பொருள்
Dadah jenis Furanyl dan Fentanyl mula tembusi pasaran melalui kedai Vape