Alaioli
Oleh Ilamparithi
PETALING JAYA – Sindiket penyeludupan migran dikesan mengubah modus operandi mereka daripada menggunakan laluan laut kini beralih kepada laluan udara dan darat secara berlapis bagi mengelakkan kegiatan haram mereka dihidu pihak berkuasa Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, taktik baharu itu terbongkar susulan operasi khas Jabatan Imigresen (JIM) pada awal pagi semalam di sekitar Lembah Klang.
Katanya, operasi melibatkan Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat JIM Putrajaya dijalankan di dua lokasi utama iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
“Hasil risikan, JIM berjaya mengesan pergerakan tiba sekumpulan warga Indonesia ke Lembah Klang dari Kelantan dengan menaiki bas ekspres,” katanya dalam kenyataan Ahad.
Tambah beliau, di TBG, seramai empat warga Indonesia terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’.
Jelasnya, di TBS seramai tiga lelaki dan tiga wanita warga Indonesia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket yang sama berjaya diberkas pasukan JIM.
Tegas beliau lagi, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5 yang digunakan bagi mengangkut migran turut disita.
"Siasatan awal kami mendapati sindiket itu menggunakan laluan dari Indonesia ke Singapura sebelum diterbangkan ke Hat Yai, Thailand, seterusnya diseludup masuk ke Kelantan melalui laluan haram di sempadan Bukit Bunga.
“Migran kemudian ditempatkan di rumah transit sebelum diatur perjalanan ke Lembah Klang menggunakan bas ekspres secara berasingan bagi mengaburi pihak berkuasa,” ujarnya lagi.
Beliau memaklumkan bahawa sindiket berkenaan juga mengelak daripada menggunakan penerbangan terus ke Malaysia kerana dipercayai kebanyakan migran terlibat telah disenarai hitam daripada memasuki negara ini.
Menurut beliau, sindiket berkenaan dipercayai dikendalikan dalang dari Indonesia dengan rangkaian ejen di Hat Yai yang menguruskan logistik termasuk menyediakan rumah transit dan memalsukan cap kemasukan pasport.
“Rangkaian ini beroperasi secara berlapis (layered network) dengan pembahagian tugas yang khusus untuk memutuskan rantaian maklumat antara migran dan ahli sindiket bagi menyukarkan pengesanan,” katanya.
Katanya, kesemua migran berusia antara 27 hingga 60 tahun itu dipercayai membayar antara RM3,500 hingga RM4,000 seorang untuk masuk ke Malaysia secara tidak sah.
“JIM turut percaya wujud penglibatan warga tempatan yang bersekongkol dalam membantu sindiket ini termasuk dalam urusan pembelian tiket bas dan penyelarasan logistik perjalanan,” jelasnya.
Kesemua individu yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen bagi membantu siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
47 வருடங்களுக்குப் பின்னர் பெஸ்தாரி ஜெயா தமிழ்ப் பள்ளியில் கல்வி கற்ற பழைய மாணவர்கள் 44 பேர் பங்கேற்ற நட்பின் சங்கமம்
பேராக்
பெக்கான் பாரு சம்பவத் தொடர்பில் அரசு மருத்துவமனை ஆம்புலன்ஸ் சேவை குறை சொல்லாதீர்; டத்தோ சிவநேசன் ஆய்வு..!
பினாங்கு
Siasatan dakwaan pemilikan saham oleh Azam Baki selesai sepenuhnya - Fahmi Fadzil
சிலாங்கூர்
Tangisan cucu bongkar kejadian kanak-kanak didera ibu kandung
பினாங்கு
Lions Club of Seberang Jaya Marks 40th Anniversary with Major Educational and Healthcare Contributions
சிலாங்கூர்
Taktik ‘layered’ sindiket terbongkar, migran dibawa masuk ikut laluan udara, darat secara berlapis
அமெரிக்கா
Insiden tembak ketika Majlis Makan Malam Donald Trump
Tokyo
Kastam Jepun rampas kondom mengandungi emas hampir cecah RM30 juta