Alaioli
Tangisan cucu bongkar kejadian kanak-kanak didera ibu kandung

By Ilamparithi

GOMBAK – Polis sedang mengesan seorang wanita selepas disyaki mendera anak kandungnya berusia tiga tahun dalam kejadian di Batu Caves, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima semalam daripada nenek mangsa yang tinggal serumah dengan kanak-kanak berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal bulan Mac lalu kira-kira pukul 8 malam.

“Sewaktu kejadian pengadu berada di rumah telah terdengar tangisan cucunya disyaki didera oleh ibu kandungnya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Noor Ariffin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan menerusi talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ditalian 03-61262222 - Alaiolinews

Leave a Comment