Alaioli
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai tentera berpangkat kapten, didakwa di Mahkamah Majistret , Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi Khamis atas satu pertuduhan membunuh seorang pencipta kandungan permainan popular yang dikenali sebagai 'Advance Gaming' yang juga warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju (MEX), dan dua pertuduhan memandu secara mabuk pada minggu lalu.
Tertuduh bernama Jad Faid Arhan, 31, mengangguk tanda faham selepas kertas pertuduhan kes bunuh terbabit dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang memakai baju T berkolar merah dan berseluar jeans didakwa menyebabkan kematian terhadap Muzahid Millad, 22, pada jam 5.30 pagi di KM1.9 MEX dari Salak Selatan menghala Jalan Tun Razak.
Pertuduhan dibuat ke atas tertuduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 30-hingga 40 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini media melaporkan bahawa suspek turut akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 44 (1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan kandungan alkohol melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pemandu serta penumpang kenderaan e-hailing.
Suspek sebelum ini direman selama lima hari sebelum dilanjutkan reman selama dua hari lagi untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan dan kemudian ia dirujuk kepada Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Dalam kejadian pada pukul 5.38 pagi, 23 April lalu, suspek yang memandu sebuah Ford Fiesta dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan e-hailing jenis Perodua Alza.
Dalam kejadian itu, mangsa penumpang lelaki warga Bangladesh itu maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi wanita Bangladesh berusia 20 tahun mengalami kecederaan.
Turut tercedera pemandu e-hailing tersebut warga tempatan dan menerima rawatan di hospital berhampiran.- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
கோலலங்காட் மாவட்ட போலீஸ் தலைமையகத்தில் சிறந்த சேவையாளர் களுக்கு பாராட்டுப் பத்திரம்
சிலாங்கூர்
Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste berjaya dikesan AKPS Klang
நீதிமன்றம்
Kapten tentera didakwa membunuh, pandu mabuk di mahkamah
சிலாங்கூர்
Polis buru suspek bakar dua kenderaan di perumahan di Klang
கோலாலம்பூர்
Lelaki rentung dalam insiden lima rumah teres terbakar di Kepong
சிலாங்கூர்
நேற்று மாலையில் வீசிய பலத்த புயல் காற்றில் தெலுக் டத்தோ தமிழ்ப் பள்ளி உட்பட பல இடங்களில் சேதம்-பாப்பா ராய்டு நேரில் சென்று பார்வையிட்டார்.
சிலாங்கூர்
குப்பைகளைச் சேகரிக்கும் பணியில் ஈடுபடும் கேடிஇபி வேஸ்ட் மேனேஜ்மென்ட் நிறுவன குத்தகைப் பணியாளர்கள் நடவடிக்கைகளை தொடர்ந்து கண்காணிக்க வேண்டும்
சிலாங்கூர்
வாத நோயால் அவதியுறும் நோர்வானி துணைவர் நலம் பெற புஷ்பா ராஜனின் மனித நேய உதவிகள்