Alaioli
By Ilamparithi
KLANG – Taktik sebuah syarikat tempatan yang membuat pengisytiharan palsu bagi menyeludup sisa elektronik atau e-waste akhirnya terbongkar selepas kontena mengandungi bahan berkenaan dikesan dalam Op Green Shield ke-26 di Pelabuhan Klang, di sini pada Rabu.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), SIRIM dan Lembaga Pelabuhan Klang.
\"Seramai 15 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam pemeriksaan ke atas beberapa kontena yang dijalankan bermula jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang.
“Sebanyak 38 kontena diperiksa dengan 10 daripadanya mengandungi e-waste seberat 230,349 kilogram.
“Selain itu, sembilan lagi kontena didapati mengandungi campuran plastik waste dan metal scrap yang akan diserahkan kepada pihak SIRIM untuk penilaian lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan awal pihaknya turut mendapati syarikat itu membuat pengisytiharan palsu menerusi borang K1 bagi dagangan tersebut.
Katanya, tindakan penguatkuasaan telah diambil dan kes diserahkan kepada pihak Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut,\" katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa AKPS akan terus mempergiat pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa elektronik terlarang.
\"Langkah tersebut selaras dengan pelaksanaan larangan mutlak import e-waste yang berkuat kuasa mulai 1 April lalu menerusi pewartaan Perintah Kastam (Pindaan) (No. 3) 2026,\" ujar beliau- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
கோலலங்காட் மாவட்ட போலீஸ் தலைமையகத்தில் சிறந்த சேவையாளர் களுக்கு பாராட்டுப் பத்திரம்
சிலாங்கூர்
Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste berjaya dikesan AKPS Klang
நீதிமன்றம்
Kapten tentera didakwa membunuh, pandu mabuk di mahkamah
சிலாங்கூர்
Polis buru suspek bakar dua kenderaan di perumahan di Klang
கோலாலம்பூர்
Lelaki rentung dalam insiden lima rumah teres terbakar di Kepong
சிலாங்கூர்
நேற்று மாலையில் வீசிய பலத்த புயல் காற்றில் தெலுக் டத்தோ தமிழ்ப் பள்ளி உட்பட பல இடங்களில் சேதம்-பாப்பா ராய்டு நேரில் சென்று பார்வையிட்டார்.
சிலாங்கூர்
குப்பைகளைச் சேகரிக்கும் பணியில் ஈடுபடும் கேடிஇபி வேஸ்ட் மேனேஜ்மென்ட் நிறுவன குத்தகைப் பணியாளர்கள் நடவடிக்கைகளை தொடர்ந்து கண்காணிக்க வேண்டும்
சிலாங்கூர்
வாத நோயால் அவதியுறும் நோர்வானி துணைவர் நலம் பெற புஷ்பா ராஜனின் மனித நேய உதவிகள்