Alaioli
GEORGE TOWN –
25 Feb 26 Seorang lelaki warga tempatan mengalami cedera parah selepas menjadi mangsa serangan tetak dalam satu kejadian ngeri di hadapan sebuah bangunan komersial di Jalan Kelawai, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 pagi itu, mangsa yang berusia 33 tahun dipercayai diserang oleh sekumpulan suspek lelaki warga tempatan yang menaiki motosikal di kawasan lobi bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak bin Muhammad mengesahkan pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian tersebut sebelum bergegas ke lokasi.
\"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditetak. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan kecemasan,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
Pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu kesemua suspek yang terlibat bagi mengenal pasti motif serangan tersebut.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau menyaksikan insiden berkenaan diminta tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp. Muhammad Muhaimin bin Muthar di talian 014-3421292 atau mana-mana balai polis berhampiran.
ஜார்ஜ்டவுன்
Lelaki Parah Ditetak Kumpulan Bermotosikal di Jalan Kelawai
பினாங்கு
Remaja 13 Tahun Maut Terjatuh Dari Pangsapuri di Gelugor
ஷா ஆலம்
ஆகஸ்ட் மாதத்தில் சிலாங்கூரில் நடக்கும் சுக்மா 22 விளையாட்டுப் போட்டி நிகழ்ச்சிகளில் செய்தியாளர்களின் பங்களிப்பு; முகமட் ஃபாரிட் தகவல்.
ஜொகூர்
செயற்கை நுண்ணறிவு மூலம் BKJ பெயரில் மோசடி: ஜொகூர் மக்களுக்கு மந்திரி பெசார் எச்சரிக்கை
கோலாலம்பூர்
பிரதமர் அன்வார் இப்ராஹிம், கம்போங் பாரு ரமலான் சந்தையைப் பார்வையிட்டார்.
கூலாய்
செங்காங் தொழிற்பேட்டையில் ரப்பர் தொழிற்சாலை தீ விபத்து- இறுதி கட்ட அணைப்பு நடவடிக்கைகள் தீவிரம்
கெடா
AKPS perlu dilengkapi senjata api, jaket kalis peluru tingkat keselamatan
பினாங்கு
Penang CM Joins High-Level Meeting to Boost Northern Region Growth