Alaioli
By S.KUMARA
KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol menyamun sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Tun Sambanthan, ibu negara pada Khamis, yang mana melibatkan kerugian mencecah RM9.7 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, semasa kejadian jam 11 pagi itu, empat lelaki telah memasuki premis berkenaan sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol.
"Suspek kemudiannya melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram.
"Turut dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan ialah selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan premis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau turut menambah bahawa, polis telah mempergiatkan usaha memburu dan menjejaki suspek yang terlibat dalam jenayah tersebut.
"Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun bersenjata secara berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika disabit kesalahan
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan sekumpulan penjenayah bersenjata pistol dan bertopi keledar melakukan samun di sebuah kedai emas.
Suspek turut menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan sejumlah barangan berharga dalam tempoh beberapa minit.- Alaiolinews
பகாங்
Kilang besi Gebeng meletup, 4 tercedera
கோலாலம்பூர்
Kedai emas disamun kumpulan bersenjata pistol, barang kemas hampir cecah RM10 juta dilarikan
சிலாங்கூர்
கோல சிலாங்கூர், வாகீசர் தமிழ்ப் பள்ளி மாணவர்கள் மும்மொழிப் போட்டிகளில் வாகை சூடினர்- தீபன் சுப்ரமணியம் வாழ்த்து
பினாங்கு
அரா குடா, பெனாந்தி ஸ்ரீ மஹா முத்து மாரியம்மன் ஆலய இரத ஊர்வலத்தின் பயண விபரங்கள்
மலாக்கா
Pemandu bas ekpres, kekasih atas riba direman bantu siasatan polis
திருக்கோவில்
ஜூக்ரா கருமாரியம்மன் ஆலயத்தில் சித்திரை மாத தீமிதி மகேஸ்வரத் திருவிழா
சிலாங்கூர்
நோன்புப் பெருநாள் திறந்த இல்ல உபசரிப்பில் பங்கு பெறுவதன் மூலம் மத நல்லிணக்கத்தை வளர்த்து கொள்ள முடியும்!- பாப்பா ராய்டு ஆலோசனை