Alaioli
Pencapaian Cemerlang Pelajar Pulau Pinang terpahat dalam Malaysia Book of Records

By R.Ramani

GEORGETOWN - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Poonyamitra a/p Kumaresan, pelajar berusia 14 tahun dari SMK (P) St. George, Pulau Pinang, atas pencapaian luar biasa beliau.


Beliau telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai remaja yang berjaya menghafal dan menyebut nilai Pi sebanyak 300 digit dalam masa hanya 1 minit 18 saat pada 9 Februari 2026.


Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga dan sekolah, malah turut mengharumkan nama Pulau Pinang. Ia juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.


LWHPP akan terus menyokong dan mengiktiraf kejayaan pelajar cemerlang sebagai sebahagian daripada komitmen memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan.- Alaiolinews


Post Image

Leave a Comment