Alaioli
Pemandu bas pandu sebelah tangan ditahan polis

By Ilamparithi

ALOR GAJAH – Seorang pemandu bas ekspres yang tular menerusi klip video sejak Khamis lepas selepas dikesan memandu kenderaan awam itu secara berbahaya dengan memegang stereng sebelah tangan akhirnya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah, tengah hari tadi.

“Polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Selasa untuk membolehkan suspek disiasat lanjut dalam kes terbabit.

\"Kes berkenaan sedang disiasat Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya pada hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan awal mendapati bas ekspres itu dipercayai milik sebuah syarikat pengendali bas yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

“Lokasi kejadian dipercayai di Kilometer 196.1 arah Selatan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti butiran lengkap insiden tersebut,” tegasnya lagi. - Alaiolinews


Leave a Comment