Alaioli
By Ilamparithi
BUTTERWORTH 30 April - Menjelang aksi separuh akhir pada Sabtu ini, skuad Perlis sedang berlatih gigih dan agresif untuk mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir edisi ke-86 pada kali ini.
Walaupun tidak cukup lengkap dengan kemudahan fasiliti moden dan lengkap atas padang, skuad ini tidak seharusnya dipadang rendah sedangkan mereka dilatih dengan penuh berintensiti tinggi oleh seorang bekas pemain professional Thivandran Karnan yang pernah mewakili skuad kebangsaan di bawah pengurus Bojan Hodak dan menjulang Piala AFF pada 2018.
Selepas menamatkan saingan sekadar suku akhir pada musim lalu, skuad kendalian Vivantiran parameshwara lebih bermotivasi tinggi dan semangat selepas anak muridnya mara ke separuh akhir dan bakal menentang Melaka.
Bercakap kepada pemberita Sukan Alaioli dalam temubual eksklusif di padang awam Kampung Benggali, Bagan di sini, beliau berkata segala keringat dan hasil usaha melatih murid-muridnya selama 4 tahun berjaya membuahkan hasil pada hari ini.
"Kami menyatukan budak-budak berkemahiran bola sepak ini selama 4 tahun dalam keadaan serba kekurangan dari aspek logistic dan fasiliti Latihan bola sepak.
"Ia membawa hasil apabila keprihatinan skuad Perlis memberi ruang kepada \'anak-anak\' saya beraksi mewakili skuad Perlis dalam Baradhan Cup sejak musim lalu berjaya menaampilkan bakat luar biasa mereka dalam bola sepak kepada dunia luar hari ini," katanya.
Malah jelasnya, skuadnya sedang berlatih secara lebih gigih menjelang aksi pertemuan menentang Melaka.
Menurutnya, persiapan berjalan lancar dengan bantuan logistik yang dihulurkan penajanya KVMK dan Visala Boutique.
"Ini (mara separuh akhir) pencapaian membanggakan untuk kami, tetapi kami mahu cipta sejarah menjulang piala dan bergelar juara edisi kali ini.

"Kami tahu pasukan lawan kami Melaka bukan mudah untuk ditumbangkan tetapi budak kami semua sudah pulih dari kecederaan sepenuhnya...bersemangat dan bersiap sedia dari aspek mental dan fizikal selain tahap motivasinya juga tinggi.
"Kami tidak sabar untuk merobek gawang gol skuad Melaka serta optimis mampu melakar kejutan menentang Melaka di Stadium Hang Tuah Sabtu ini dan sudah pasti mahu menjulang Piala Baradhan sebagai juara musim ini.
"Kami juga gembira para penyokong kami dari Pulau Pinang dan Perlis akan datang beramai-ramai dengan tiga bas persiaran..mereka adalah pemain ke-12 kami yang pasti akan melonjakkan aksi pasukan di atas padang untuk pulang dengan kemenangan kelak," ujarnya lagi.- Alaiolinews
திருக்கோவில்
பத்தாங் பெர்சுந்தை மேரி தோட்டத்தில் சித்திராப் பௌர்ணமி திருவிழா..!
பேராக்
பேராவில் 47 கோயில்களை பாதுகாப்பதில் உள்ள சவால்கள் ; டத்தோ சிவநேசன் தொட்டுக் காட்டுகிறார்..!
கால்பந்து
Piala Baradhan 2026: Perlis sedia gegarkan gawang Melaka, optimis juara edisi ke-86
ஷா ஆலம்
சிலாங்கூர் மாநில அரசின் ஏற்பாட்டில் பந்திங்கில் சித்திரைப் புத்தாண்டு கலை விழா கொண்டாட்டம்= பாப்பா ராய்டு தகவல்.
கோலாலம்பூர்
‘தர்மா மடானி’ திட்டம் மடை மாற்றியது அநீதி ; செனட்டர் சரஸ்வதி கந்தசாமி குற்றச்சாட்டு..!
சிலாங்கூர்
கோலலங்காட் மாவட்ட போலீஸ் தலைமையகத்தில் சிறந்த சேவையாளர் களுக்கு பாராட்டுப் பத்திரம்
சிலாங்கூர்
Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste berjaya dikesan AKPS Klang
நீதிமன்றம்
Kapten tentera didakwa membunuh, pandu mabuk di mahkamah