Alaioli
Oleh S. KUMARA
KUALA LUMPUR: Dis 27 Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengesahkan maklumat itu berkata, langkah berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan melibatkan beliau.
“Beliau (PTD) akan bercuti berkuat kuasa serta merta sehingga selesai siasatan SPRM.“Langkah pentadbiran ini diambil untuk memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kementerian Pertahanan pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat yang dilaksanakan sejak 2023 hingga kini.Tumpuan siasatan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Semakan awal SPRM terhadap rekod perolehan bagi tempoh 2023 hingga 2025 mendapati sebanyak 158 projek perolehan Tentera Darat bernilai melebihi RM500,000 telah diluluskan, manakala perolehan bernilai di bawah RM500,000 pula melibatkan keseluruhan 4,521 projek.Selain itu, SPRM turut memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan untuk membantu siasatan lanjut berhubung perolehan projek-projek tersebut.-Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta, ruang untuk SPRM siasat
கோலலங்காட்
பாவித்த ஜீன்ஸ் உடைகளை கைப்பை, புத்தகப்பைகளாக உருவாக்கும் பயிற்சிப்பட்டறை.
பேராக்
சித்தியவானில் அன்பு மழையில் நனைந்தார் சிவநேசன்
கிள்ளான்
கிள்ளான் அரச நகர வளர்ச்சிக்கு பண்டாராயா உறுப்பினர்கள் ஆற்றி வரும் சேவை அளப்பரியது.
சிலாங்கூர்
செமினியில் போதைப் பொருள் தயாரிப்பு/ பதப்படுத்தும் சட்ட விரோத ஆய்வுக் கிடங்கு கண்டுப் பிடிக்கப்பட்டது ; அறுவர் கைது.
ஜொகூர்
துலிப் பாலர் பள்ளி பட்டமளிப்பு மற்றும் கலை நிகழ்ச்சி விழா 2025
பினாங்கு
பினாங்கு தண்ணீர்மலை ஸ்ரீ முனீஸ்வரர் ஆலய ஆண்டு விழாவில் ராம் கர்ப்பால் சிங் தரிசனம்!
கூலாய்
கங்கார் பூலாய் கோயில் விவகாரம் - கூலாய் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் உறுதியான நிலைப்பாட்டை மேற்கொள்ள வேண்டும்!! சந்திர சேகரன் கோரிக்கை!!