Alaioli
By Alaiolinews
JASIN – Seorang pemandu bas ekspres dan kenalan wanitanya yang tular video mereka melakukan aksi meriba ketika kenderaan itu sedang bergerak dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, esok untuk memberi keterangan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert yang mengesahkan perkara itu berkata, pasangan itu berjaya dihubungi polis pada Selasa dan kedua-dua individu itu berjanji akan tampil bagi membantu siasatan berhubung rakaman tular tersebut.
“Untuk makluman pemandu (bas) telah berjaya dihubungi. Dimaklumkan wanita berkenaan kini berada di Kedah dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada malam (Selasa) ini.
“Pemandu berkenaan berada di Sungai Besi dan akan hadir ke IPD seperti dijanjikan pada esok (Rabu),” katanya ringkas selepas dihubungi pemberita petang tadi.
Semalam media melaporkan tentang satu rakaman video tular yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres didakwa memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru.
Rakaman video berdurasi sembilan saat itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila tindakan pemandu berkenaan dilihat bukan sahaja tidak profesional, malah berisiko tinggi terhadap keselamatan penumpang.
Siasatan awal pihak polis mengesahkan pemandu bas berusia 36 tahun itu telah berkahwin, manakala wanita yang diribanya dipercayai kenalannya.- Alaiolinews
இந்தியா
உத்திரகோசமங்கை திருக்கோவிலில் நெஞ்சை கொள்ளை கொள்ளும் பரதநாட்டிய விழா
மலாக்கா
Pemandu bas, kenalan wanita janji hadir beri keterangan di IPD Jasin pada Rabu
பிரசில்
Pemain bola sepak ditahan, jerit ‘bom’ dalam pesawat di Brazil
மலேசியா
உலகத் தமிழ் உறவுகளுக்கும் உள்நாட்டு தமிழ் உறவுகளுக்கும் இனிய தமிழ் புத்தாண்டு வாழ்த்துக்கள்......
சிலாங்கூர்
மனதுக்கு இதமளிக்கும் அமைதி தரும் சித்திரைப் புத்தாண்டில் ஆலய தரிசனம் சிறப்பு!- வீ.கணபதிராவ் நெகிழ்ச்சி
மலேசியா
பேரா மாநில சட்டமன்ற கூட்டத் தொடரை மாட்சிமை தங்கிய பேராக் சுல்தான் அதிகாரப்பூர்வமாக தொடக்கி வைத்தார்..!
ஜொகூர்
22 ஆண்டுகள் கல்விச் சேவையில் பெருமை சேர்த்த சினாரன் இன்டென்சிப் ட்யூஷன் மையம் – எஸ்.பி.எம் 2025 தேர்வில் 53 மாணவர்கள் நேரடி A
பினாங்கு
வரலாறு கண்ட சகாப்தம் - பினாங்கு, கெடா என இரு மாநிலங்களிலும் முதல் பிரதியைப் பெற்று டாக்டர் சின்னையா சாதனை!