Alaioli
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRU, PRN akan datang - Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi

By S.KUMARA

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan sebaliknya Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan formula pembahagian kerusi sedia ada bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Pengerusi BN, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan ditugaskan untuk meneliti keperluan bagi membuat pelarasan atau penambahan jumlah kerusi untuk rakan gabungan, termasuk \'Friends of BN\'.


\"Kita mahu membuktikan bahawa kebersamaan kita selama ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pembahagian kerusi yang bersesuaian buat mereka,” katanya.

Ahad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian pada sidang media selepas hadir berucap dan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Sabtu.

Turut hadir Zambry, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, pemimpin-pemimpin kanan parti komponen, Friends of BN serta 938 perwakilan membabitkan 95 bahagian dari seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri turut menambah baahawa, jentera BN perlu mula bergerak aktif menarik sokongan pengundi luar memandangkan sokongan daripada ahli parti komponen sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan calon.

\"Kita sedar bahawa sokongan daripada ahli parti komponen sahaja tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya. Oleh itu, jentera perlu mula menarik sokongan daripada pengundi yang bukan terdiri daripada ahli mana-mana parti komponen,\" tegasnya lagi.

Dalam sidang media sama, beliau turut memberi harapan semua parti setiakawan dalam BN seperti KIMMA, IPF, Makkal Sakti, MIUP, yang kini menjadi komponen BN akan terus diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kali ini.

\"Mereka pernah diberi peluang bertanding pada PRU lepas dan kita akan kekalkan format itu,\" ujar beliau lagi.- Alaiolinews


Leave a Comment
Trending News