Alaioli
Seorang pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah di pusat hiburan di Ipoh - Bukit Aman

By S.KUMARA

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan ketika sedang berhibur dalam sebuah premis hiburan di Ipoh, Perak dalam kejadian pada 5 April lalu.

Manakala dua daripada mereka telah diuji dan disahkan positif dadah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan.

Katanya, serbuan telah di dua premis hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh dan Taman Ipoh.

“Hasil pemeriksaan di premis kedua mendapati seramai 87 pelanggan berusia antara 19 hingga 52 tahun positif dadah.

“Turut diperiksa dalam serbuan itu ialah seorang pegawai dan dua anggota polis yang sedang berhibur yang mana dua daripadanya anggota terbabit didapati positif dadah,” katanya.

Tambah Hussein lagi, dua anggota polis tersebut berpangkat koperal dan lans koperal yang masing-masing berusia 26 dan 40 tahun serta bertugas di Johor.

“Koperal terbabit didapati positif ketamin, manakala rakannya pula positif methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

“Pegawai polis yang bertugas di Perak pula didapati negatif dadah,” jelasnya lagi.

Tegas Hussein, seramai 59 lelaki dan 28 wanita ditahan untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tindakan ini membuktikan kita tidak berkompromi terhadap sebarang kesalahan, termasuk melibatkan anggota polis,” ujar beliaau lagi.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News