Alaioli
By Ilamparithi
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang diberkas kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran dan cedera parah di dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani di sini pada Khamis lalu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini di Mahkaamah Majistret Sungai Petani.
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Azlan Basri.
Polis sedang menjalankan siasatan ke atas suspek di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara 7 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap dan berpelitup muka tiba dalam keadaan tangan bergari di hadapan dengan kereta polis kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Pada masa yang sama, beberapa ahli keluarga mangsa dilihat turut berada di pekarangan mahkamah bagi mendengar pendakwaan kes tersebut.
Pada selasa media melaporkan suspek yang dikehendaki berhubung kes memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights Khamis lalu akhirnya diberkas di Alor Setar, dekat sini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berjaya ditahan pada petang semalam dan proses permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sungai Petani pada Rabu.-Alaiolinews
கெடா
Suami pukul isteri hingga keguguran, cedera parah direman 7 hari
சிலாங்கூர்
Anwar potong rambut di kedai, netizen puji kacak
பினாங்கு
இந்திய சமூகத்தைச் சேர்ந்த சிறு மற்றும் நடுத்தரத் தொழில் முனைவர்களுக்கு உதவும் வழிகாட்டி கருத்தரங்கு
சிலாங்கூர்
மாநில அரசின் ஏற்பாட்டில் சித்திரைப் புத்தாண்டு கலை விழா கொண்டாட்டம், மே தினத்தன்று இரவு பந்திங் மாரியம்மன் ஆலய கலாசார மண்டபத்தில் நடைபெறும்!-பாப்பா ராய்டு அறிவிப்பு
பகாங்
Pegawai Kanan Polis ditahan kes rasuah RM64,000 lindungi kegiatan pusat hiburan tidak berlesen
சிலாங்கூர்
சிலாங்கூர் மாநில அளவில் அமைதியற்ற வழிபாட்டுத் தலங்கள் ( RITK) தொடர்பான தரவும் விளக்கமும்- பாப்பா ராய்டு தகவல்
சிலாங்கூர்
மேன்மை தங்கிய சிலாங்கூர் சுல்தானை முகநூலில் அவமதித்த நபருக்கு அதிகபட்ச தண்டனை விதிக்கப்பட வேண்டும்- பாப்பா ராய்டு வேண்டுகோள்
திருக்கோவில்
சித்திராப் பௌர்ணமி திருவிழாவில் ஜாலான் செலாட்-ஜாலான் மகாராணி சாலைகள் மூடல் ; மாவட்டப் போலீஸ் தலைவர்- உதவி ஆணையர் சுவா கோக் லியான்