Alaioli
Bersatu pecat Timbalan Presiden Hamzah Zainudin serta merta

Oleh S.KUMARA

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) telah dipecat keahlian dalam parti tersebut berkuatkuasa serta merta hari ini.Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan rasmi parti pada Jumaat memaklumkan perkara mutakhir itu.


Katanya Majlis Pimpinan Tertinggi dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Dato’ Seri Hamzah Zainudin dipecat hak-hak.keahlian dalam parti  tersebut.


“Tindakan pemecatan itu menyusul di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai 13 Februari 2026.“Tindakan itu diambil kerana tindakan beliau (Hamzah) melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU, katanya dalam kenyataan tersebut lagi.


Sebelum ini media memetik sumber melaporkan bahawa Ketua Pembangkang itu berkemungkinan akan dipecat daripada parti tersebut selepas dikaitkan dengan krisis dalaman parti itu terhadap Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Terdahulu dalam satu notis yang dipercayai dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, memaklumkan lembaga yang bersidang semalam itu memutuskan pemecatan Hamzah.


"Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun pihak Datuk Seri (Hamzah) boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini," tulis notis itu.


Hamzah semalam dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil hadir ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu dijadual berlangsung di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News