Alaioli
Oleh Maahgeshan
Pulau Pinang,
5 Mac – Seramai 100 individu daripada golongan yang memerlukan telah menerima sumbangan keperluan makanan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Kebajikan sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Dewan Uma, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Program anjuran Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Pulau Pinang itu bertujuan untuk meringankan beban masyarakat setempat serta menyemarakkan semangat perpaduan dan keprihatinan sepanjang bulan suci ini.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan negeri dan tokoh masyarakat, antaranya Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, YB Dato\' Seri Sundarajoo Somu. Turut hadir memeriahkan suasana adalah Ahli Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merangkap ADUN Batu Uban, YB A. Kumaresan, serta ADUN Komtar, YB Teh Lai Heng.
Presiden Pertubuhan Lima Generasi Malaysia, YBhg. Dato\' Hj. Abdullah Ghani bin Hj. Kassim (Panglima Garang Negara), dalam ucapannya menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan komitmen berterusan pertubuhan dalam memastikan kebajikan golongan rentan sentiasa terjaga menerusi kerjasama erat dengan pelbagai pihak.
Sementara itu, Pengerusi PLG Pulau Pinang, Datuk Dr. Muhammad Ismail Abu Bakar, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau menegaskan bahawa pemberian bakul makanan itu diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para penerima bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah itu diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama para tetamu jemputan, pimpinan pertubuhan, dan komuniti setempat. Program ini sekali gus mencerminkan nilai murni \"Malaysia Madani\" di mana keharmonian dan sikap saling membantu antara kaum menjadi tunjang kestabilan di Pulau Pinang.

பத்துகாஜா
மெங்லெம்புவில் 2026 சீனப் புத்தாண்டுடன் சமூக நலத்திட்டம் – சிவகுமார் பெருமிதம்!!
பந்திங்
வளர்ச்சியை நோக்கிப் பயணிக்கும் கோலலங்காட் மாவட்டத்தின் திட்டங்கள் படிப்படியாக முன்னெடுக்கப்படும்; முகமட் ஹஸ்ரி தகவல். எஸ்.எஸ்.மணிமாறன்
ஷா ஆலம்
பட்டம் பெற்ற 30 இந்திய பெண்கள் சமூக வளர்ச்சிக்கு தங்களைத் தயார்படுத்திக் கொள்ள வேண்டும்; பிரகாஷ் சம்புநாதன் வலியுறுத்து.
ஷா ஆலம்
ஈரானில் நடந்து வரும் வான்வெளித் தாக்குதலைத் தொடர்ந்து விஸ்மா புத்ரா மலேசியர்களுக்குப் புகலிடம் அளித்து வருகிறது; பாப்பா ராய்டு பாராட்டு.
கிள்ளான்
பண்டமாரான் ஜெயா மாரியம்மன் ஆலய மாசிமகத் திருவிழாவில் ஆயிரக்கணக்கான பக்தர்கள் திரண்டனர்.
ஜொகூர்
சிகாமாட் காவல் உயர் அதிகாரி சுப்ரிதண்டன் அமாட் சம்ரி அவருடைய தலைமையில் கடந்த மாதம் சிறப்பு போலீஸ் ஒன்றுகூடல் நிகழ்வு
சித்தியவான்
ஆலயப் பாதுகாப்பு நிறைவாக உள்ள பேரா மற்றும் பினாங்கு : பேரா இந்துதர்ம மாமன்றம்..!
பினாங்கு
Pertubuhan Lima Generasi Pulau Pinang Santuni 100 Penerima Menerusi Majlis Berbuka Puasa Dan Bantuan Kebajikan