Alaioli
Oleh S.KUMARA
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik telah dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri yang baharu menggantikan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, yang perkhidmatannya berakhir hari ini.
Pelantikan Choon Aik telah diperkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan berkuat kuasa mulai tarikh istiadat pengurniaan serta majlis mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Terdahulu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan Fahmi Zainol yang berdepan pertuduhan mencederakan isterinya, ditamatkan perkhidmatannya sebagai EXCO berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Kon Yeow, beliau telah bertemu Fahmi pagi tadi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu menerima keputusan berkenaan.
Fahmi sebelum ini digantung daripada jawatan dalam PKR sementara menunggu keputusan kes mahkamahnya.
Kata Pejabat Ketua Menteri lagi, istiadat pengurniaan watikah pelantikan kepada Choon Aik dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan Jumaat ini di Mutiara pada jam 11 pagi.
Choon Aik, 52, berkhidmat sebagai ADUN Bukit Tambun sejak Mei 2018 dan beliau adalah seorang perancang bandar berdaftar selama 13 tahun dan ahli korporat Institut Perancang Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya pada 1998 sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.-Alaiolinews
பினாங்கு
பினாங்கு பிராங்கின் மால் ரமலான் உணவுச் சந்தையை மாநில சுகாதாரத் துறையினருடன் மாநகர் மன்ற மேயர் நேரில் ஆய்வு!
ஷா ஆலம்
மாநில அரசு செயலகத்தின் 90 பணியாளர்களுக்கு 200 ரிங்கிட் மதிப்புள்ள ஜோம் ஷோப்பிங் பற்றுச் சீட்டுகள்; மந்திரி பெசார் அமிருடின் அன்பளிப்பு
பினாங்கு
பினாங்கு ஸ்ரீ டெலிமா சட்டமன்றத் தொகுதியில் சீனப் புத்தாண்டு விருந்தோம்பல்!
கோலாலம்பூர்
வரும் ஜூன் 2026இல் நாடாளுமன்ற அவையில் 2 தவணைக்கான( 10 ஆண்டுகள்) நாட்டின் பிரதமராக வகிக்கும் மசோதா மீண்டும் தாக்கல் செய்யப்படும்; டத்தோ ஃபாமி ஃபட்சில் அறிவிப்பு.
பினாங்கு
Thousands Gather in Penang to Celebrate Chap Goh Meh Festival
கோலாலம்பூர்
அரசு தரப்பினர் இந்து வழிப்பாட்டுத் தலங்களை ஒரு காலத்தில் தகர்க்க முன் வருவார்களேயானால் இந்து பக்தர்கள் வீட்டை ஆலயமாக்கி வழிபாடுகள் நடத்தலாம்; வலைத் தளவாசி ஜெவர்ஷா மனம் திறந்த கருத்து.
பினாங்கு
KEADILAN Pulau Pinang, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pihak Cetus Sentimen Perkauman
பினாங்கு
ADUN Bukit Tambun dipilih sebagai Exco ganti Fahmi Zainol