Alaioli
KEADILAN Pulau Pinang, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pihak Cetus Sentimen Perkauman

Oleh Maahgeshan 

4 Mac 2026 Pulau Pinang – Sekumpulan pimpinan masyarakat India daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pulau Pinang bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang didakwa sengaja mencetuskan isu perkauman di negeri ini.

 

Jurucakap kumpulan berkenaan YB Kumaresan Aramugam, ADUN Batu Uban menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan bagi mengekang sebarang cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat berbilang kaum yang telah lama terjalin.

 

\"Kami memandang serius sebarang usaha untuk menimbulkan ketegangan kaum yang berpotensi mencetuskan suasana huru-hara serta mengancam perpaduan rakyat kata YB Kumaresan Aramugam, ADUN Batu Uban.

 Provokasi melampau seperti ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan undang-undang,\" katanya ketika ditemui di luar perkarangan balai polis di sini hari ini.

 

Sehubungan itu, pimpinan KEADILAN dan NGO terlibat menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Mereka turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati sengaja meniup sentimen perkauman demi kepentingan peribadi atau politik.

 

Tegas mereka, tindakan yang cepat, telus dan adil daripada pihak berkuasa amat penting bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

 

\"Laporan ini bertujuan menyampaikan mesej yang jelas bahawa sebarang usaha untuk menggugat perpaduan nasional tidak akan sesekali dikompromi. Malaysia adalah negara milik bersama dan kestabilannya bergantung kepada rasa hormat antara satu sama lain,\" tambah beliau lagi.

 

YB Kumaresan Aramugam,  turut menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan kandungan provokasi di media sosial dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Leave a Comment
Trending News