Alaioli
Oleh S.KUMARA
KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 11 pegawai kanan polis membabitkan beberapa jabatan di peringkat Bukit Aman dan ketua polis daerah di beberapa buah negeri.
Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim, berkata, pertukaran itu melibatkan penempatan di Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Datuk Mohd Faisal Yahya yang sebelum menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) jabatan sama.
Beliau akan memangku pangkat Deputi Komisioner di jawatan baharu kelak.
Sementara, Senior Asisten Komisioner Abd Rahman Atan yang sebelum ini merupakan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM pula kini diangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
\"Sementara itu, Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamed Roslan Ahmed Junaidi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,\" katanya dalam kenyataan terbaharu pada Khamis.
Dalam perkembangan sama tambah beliau, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris bertukar ke Johor apabila dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Johor.Beliau bakal memangku pangkat Senior Asisten Komisioner di Ibu Pejabat Kontinjen Johor nanti.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
Manakala, Penolong Pengarah Operasi Pencegahan (Operasi) Cawangan Operasi Pencegahan Bahagian Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Asisten Komisioner Che Haniza Che Senapi pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) bahagian yang sama dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
"Justeru, Pengarah Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Annas Sulaiman pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju menggantikan Lazim," katanya.
Selain itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Azari Miskon pula berhijrah ke Sarawak apabila dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sibu dan akan memangku pangkat Asisten Komisioner.-Alaiolinews
பீடோர்
வீட்டு விலை & ஊராட்சியில் மாற்றம் கொண்டுவந்தவர் அமைச்சர் NGA KOR MING ; B40 மக்கள் உடன்பாடு : டத்தோ சிவநேசன் மகிழ்ச்சி..!
புத்ராஜெயா
Salah guna PLS: JIM berkas 9,497 warga asing dari Jan hingga 9 Mac 2026
ஷா ஆலம்
உயர்கல்விக் கூடங்களில் பயிலும் இந்திய மாணவர்களுக்கான உதவிநிதி பதிவு= மாதவன் முனியாண்டி விளக்கம்.
பினாங்கு
நோன்பாளர்களுக்கான தாகசாந்தி வைபவத்தில் அரசியல் தலைவர்களுடன் மாநகர் மன்ற மேயர் பங்கேற்பு!
கோலாலம்பூர்
Bukit Aman umum pertukaran 11 pegawai kanan PDRM
பேராக்
பல்லின இனங்களுக்கிடையே ஒற்றுமையைக் காக்க அரசாங்கம் உடனடி நடவடிக்கை எடுக்க வேண்டும் – பேரா மாநில ஐ.பி.எப் தலைவர்கள் கோரிக்கை
கிள்ளான்
உலக மகளிர் தினத்தைக் கொண்டாடிய பெண்களுக்கு வீ.கணபதிராவ் மலர்க் கூடைகள் வழங்கி வாழ்த்து.
கெடா
150 க்கும் மேற்பட்ட புகார்கள் கொடுக்கப்பட்டும் தமிம் டாஹ்ரி மீது எந்த நடவடிக்கை இல்லை= சமூக ஆர்வலர் உமாகாந்தன் கிருஷ்ணன் கண்டனம்.