Alaioli
Oleh S.KUMARA
BINTANG sensasi bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya mengelak hukuman penjara dalam kes penipuan cukai yang berlarutan sejak lebih tujuh tahun lalu di Sepanyol.
Kes berkenaan sebenarnya berkait dengan dakwaan bahawa Ronaldo gagal mengisytiharkan pendapatan berkaitan hak imej ketika beraksi bersama Real Madrid antara 2011 hingga 2014.
Mahkamah memutuskan Ronaldo bersalah dan menjatuhkan denda sebanyak EURO18.8 juta (sekitar RM84 juta), selain hukuman penjara 23 bulan yang digantung.
Namun, dia tidak perlu menjalani hukuman penjara kerana undang-undang Sepanyol membenarkan pesalah pertama dengan hukuman kurang dua tahun menjalani hukuman secara percubaan.
Kes ini sebenarnya telah diselesaikan sejak 2019 apabila Ronaldo mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Sepanyol, termasuk mengaku bersalah dan membayar denda besar untuk menutup kes tersebut.
Ronaldo sebelum ini didakwa menyeleweng cukai bernilai sekitar EURP14.8 juta melalui struktur syarikat luar pesisir bagi menyembunyikan pendapatan daripada hak imej.
Dengan penyelesaian itu, Ronaldo bebas daripada hukuman penjara dan boleh terus memberi tumpuan kepada karier bola sepaknya bersama Al-Nassr serta pasukan kebangsaan Portugal.
Kes ini turut menjadi antara kes berprofil tinggi melibatkan pemain bola sepak elit dunia berkaitan isu cukai di Sepanyol, selain beberapa pemain lain yang pernah berdepan situasi sama.- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
மனதுக்கு இதமளிக்கும் அமைதி தரும் சித்திரைப் புத்தாண்டில் ஆலய தரிசனம் சிறப்பு!- வீ.கணபதிராவ் நெகிழ்ச்சி
மலேசியா
பேரா மாநில சட்டமன்ற கூட்டத் தொடரை மாட்சிமை தங்கிய பேராக் சுல்தான் அதிகாரப்பூர்வமாக தொடக்கி வைத்தார்..!
ஜொகூர்
22 ஆண்டுகள் கல்விச் சேவையில் பெருமை சேர்த்த சினாரன் இன்டென்சிப் ட்யூஷன் மையம் – எஸ்.பி.எம் 2025 தேர்வில் 53 மாணவர்கள் நேரடி A
பினாங்கு
வரலாறு கண்ட சகாப்தம் - பினாங்கு, கெடா என இரு மாநிலங்களிலும் முதல் பிரதியைப் பெற்று டாக்டர் சின்னையா சாதனை!
சிலாங்கூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டு மலர்ச்சி யில் ஆலய வழிபாடும் மன நிறைவை அளித்தது!- மாதவன் முனியாண்டி நெகிழ்ச்சி
சிலாங்கூர்
மாநில அளவில் நியமனம் பெற்ற 55 இந்தியர் சமூகத் தலைவர்கள் மக்கள் நலனுக்கான தங்களது சேவையை விரிவுப்படுத்த வேண்டும்- பாப்பா ராய்டு அறிவுறுத்து.
ஜொகூர்
14 pelajar, dua wanita dewasa gaduh depan sekolah didakwa di mahkamah
மலாக்கா
Pemandu bas pangku wanita atas riba dikenal pasti sebagai suami orang, giat diburu polis