Alaioli
By S.KUMARA
JASIN - Seorang pemandu bas yang tular kerana memangku wanita duduk di atas ribanya ketika kenderaan bas sedang bergerak diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan susulan tindakan berbahaya itu.
Pemandu bas itu turut dibuang kerja dari syarikat bas tersebut selain sedang disiasat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Malah difahamkan bahawa pemandu bas berusia 36 tahun itu adalah suami orang, manakala identiti wanita terbabit masih belum dikenal pasti lagi untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jasin telah membuka kertas siasatan susulan rakaman video berdurasi lapan saat itu tersebar di laman Facebook selain menunjukkan pemandu bas ekspres memandu sambil memangku seorang wanita ketika kenderaan berada di Lebuh Raya Utara-Selatan dalam daerah Jasin.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 12 April 2026 kira-kira jam 7.30 malam di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah Selatan.
“Rakaman video berkenaan dikesan mula tular pada 13 April 2026 sekitar jam 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Robert turut menambah bahawa, perbuatan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Jelasnya, pihaknya meminta kedua-dua individu terlibat (pemandu bas dan wanita atas riba) supaya tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jasin bagi membantu siasatan lanjut dalam kes itu.
“Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” tegasnya lagi.- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
மனதுக்கு இதமளிக்கும் அமைதி தரும் சித்திரைப் புத்தாண்டில் ஆலய தரிசனம் சிறப்பு!- வீ.கணபதிராவ் நெகிழ்ச்சி
மலேசியா
பேரா மாநில சட்டமன்ற கூட்டத் தொடரை மாட்சிமை தங்கிய பேராக் சுல்தான் அதிகாரப்பூர்வமாக தொடக்கி வைத்தார்..!
ஜொகூர்
22 ஆண்டுகள் கல்விச் சேவையில் பெருமை சேர்த்த சினாரன் இன்டென்சிப் ட்யூஷன் மையம் – எஸ்.பி.எம் 2025 தேர்வில் 53 மாணவர்கள் நேரடி A
பினாங்கு
வரலாறு கண்ட சகாப்தம் - பினாங்கு, கெடா என இரு மாநிலங்களிலும் முதல் பிரதியைப் பெற்று டாக்டர் சின்னையா சாதனை!
சிலாங்கூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டு மலர்ச்சி யில் ஆலய வழிபாடும் மன நிறைவை அளித்தது!- மாதவன் முனியாண்டி நெகிழ்ச்சி
சிலாங்கூர்
மாநில அளவில் நியமனம் பெற்ற 55 இந்தியர் சமூகத் தலைவர்கள் மக்கள் நலனுக்கான தங்களது சேவையை விரிவுப்படுத்த வேண்டும்- பாப்பா ராய்டு அறிவுறுத்து.
ஜொகூர்
14 pelajar, dua wanita dewasa gaduh depan sekolah didakwa di mahkamah
மலாக்கா
Pemandu bas pangku wanita atas riba dikenal pasti sebagai suami orang, giat diburu polis