Alaioli
By S.KUMARA
JOHOR BAHRU - Seramai 14 pelajar dan dua wanita dewasa yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sekolah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sesama sendiri dan membuat kekecohan di tempat awam.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Sementara, seorang suspek akan menghadapi pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seorang lagi suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sejumlah RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Malah katanya, seorang lagi suspek berbeza juga akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seorang lagi suspek.
"Jika disabit kesalahan ujarnya, boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
"Polis menegaskan bahawa sebarang bentuk pergaduhan atau salah laku jenayah dalam kalangan pelajar sekolah adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
"Pada masa yang sama, pihak polis menyeru kepada ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik dan memantau tingkah laku anak-anak supaya tidak terpengaruh dan terjebak dalam jenayah," tegas beliau. - Alaiolinews
சிலாங்கூர்
மனதுக்கு இதமளிக்கும் அமைதி தரும் சித்திரைப் புத்தாண்டில் ஆலய தரிசனம் சிறப்பு!- வீ.கணபதிராவ் நெகிழ்ச்சி
மலேசியா
பேரா மாநில சட்டமன்ற கூட்டத் தொடரை மாட்சிமை தங்கிய பேராக் சுல்தான் அதிகாரப்பூர்வமாக தொடக்கி வைத்தார்..!
ஜொகூர்
22 ஆண்டுகள் கல்விச் சேவையில் பெருமை சேர்த்த சினாரன் இன்டென்சிப் ட்யூஷன் மையம் – எஸ்.பி.எம் 2025 தேர்வில் 53 மாணவர்கள் நேரடி A
பினாங்கு
வரலாறு கண்ட சகாப்தம் - பினாங்கு, கெடா என இரு மாநிலங்களிலும் முதல் பிரதியைப் பெற்று டாக்டர் சின்னையா சாதனை!
சிலாங்கூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டு மலர்ச்சி யில் ஆலய வழிபாடும் மன நிறைவை அளித்தது!- மாதவன் முனியாண்டி நெகிழ்ச்சி
சிலாங்கூர்
மாநில அளவில் நியமனம் பெற்ற 55 இந்தியர் சமூகத் தலைவர்கள் மக்கள் நலனுக்கான தங்களது சேவையை விரிவுப்படுத்த வேண்டும்- பாப்பா ராய்டு அறிவுறுத்து.
ஜொகூர்
14 pelajar, dua wanita dewasa gaduh depan sekolah didakwa di mahkamah
மலாக்கா
Pemandu bas pangku wanita atas riba dikenal pasti sebagai suami orang, giat diburu polis