Alaioli
CEO badan berkanun ditahan SPRM, disyaki minta rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy

By S.KUMARA

PUTRAJAYA, 14  APRIL - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun Persekutuan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes menerima wang rasuah bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy daripada kontraktor pembinaan.


Sumber memberitahu bahawa suspek telah ditahan kira-kira jam 7.20 petang pada Isnin di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menerima wang RM100,000 daripada kontraktor tersebut.


Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta bagi kelulusan bayaran tuntutan kontraktor berkenaan.


\"Suspek telah menerima sebanyak RM500,000 sebelum Aidilfitri sebagai pendahuluan.


\"Suspek dijangka akan dibawa bagi permohonan reman pada Selasa di Mahkamah Majistret Putrajaya(untuk siasatan lanjut),\" tegasnya lagi. - Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News