Alaioli
By S.KUMARA
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sebanyak 36 stesen minyak sebagai ‘hotspot’ dan 56 lagi lokasi berisiko susulan peningkatan aktiviti ketirisan bahan api yang dipercayai dipengaruhi faktor semasa termasuk krisis tenaga global.
Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Komisioner Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya telah menggerakkan elemen Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama kontinjen ke stesen-stesen minyak terbabit, khususnya di kawasan berhampiran sempadan negara.
"Penugasan berkenaan bermula jam 6 pagi Rabu melibatkan enam negeri sempadan iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.
“Pelaksanaan dibuat secara syif dengan kehadiran pegawai dan anggota PGA serta elemen pengoperasian kontinjen bagi memastikan kawalan berterusan berkesan di lokasi terlibat,” katanya dalam kenyataan di ibu negara.
Tambah beliau, tumpuan penugasan diberikan kepada stesen minyak yang beroperasi antara jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam, iaitu waktu puncak urus niaga yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyelewengan.
Malah katanya, bagi stesen minyak yang beroperasi selama 24 jam, pemantauan dan penugasan dilaksanakan secara berterusan oleh polis.
Selain itu jelas beliau, langkah itu merupakan sebahagian usaha bersepadu polis dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memperkukuh kawalan serta penguatkuasaan di kawasan sempadan.
“Usaha ini bagi memastikan penyaluran bahan api bersubsidi kepada golongan yang layak serta mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan kepentingan negara,” katanya.
"Di samping itu, dalam perkara ini polis akan terus mempertingkat keberkesanan operasi melalui pemantauan berterusan, pengukuhan risikan serta kerjasama strategik bersama agensi berkaitan bagi membanteras sebarang bentuk penyelewengan dan penyeludupan bahan api bersubsidi," tegas beliau lagi.- Alaiolinews
ஜொகூர்
23 மணி நேர திட்டமிட்ட நீர்விநியோக நிறுத்தம் – ஜோகூர் பாரு உட்பட 3 மாவட்டங்களுக்கு அறிவிப்பு
கோலாலம்பூர்
மலேசிய ஊழல் தடுப்பு ஆணையத்தில் சேவையாற்றி வரும் டத்தோ கருணாநிதிக்கு பதவி உயர்வு
ஜொகூர்
மலையாளி சமூகத்துடன் உரையாடிய ரவீன் குமார் – ஒற்றுமை முக்கியம் என வலியுறுத்தல்
சிலாங்கூர்
செமினி, இனிய நந்தவன இலக்கியச் சோலையில் மூவருக்கு தமிழ்மாமணி விருது
சிலாங்கூர்
மாநில அரசின் ஏற்பாட்டில் வைசாக்கி சீக்கியர் புத்தாண்டு பண்பாட்டுக்கலைவிழா நாளை பெட்டாலிங் ஜெயாவில் நடைபெறும் -பாப்பா ராய்டு அழைப்பு
சிலாங்கூர்
மாநில விவசாயிகள் வாழ்வில் வசந்தத்தை ஏற்படுத்திய மந்திரி பெசார் டத்தோ ஸ்ரீ அமிருடினுக்கு பாராட்டு
திருக்கோவில்
பந்திங் சித்தி விநாயகர் ஆலயத்தில் நாயன்மார் பெருவிழா
ஜொகூர்
ஜோகூர் இளைஞர்களை இணைக்கும் புதிய முயற்சி – மோகன் அருணாசலம் அழைப்பு