Alaioli
JKDM Gagalkan Cubaan Seludup Minuman Keras Bernilai RM2.71 Juta di Butterworth

BUTTERWORTH –20 nov 2025 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk tiga kontena minuman keras yang dianggarkan bernilai lebih RM2.71 juta pada 16 Oktober lalu.

 

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali, memaklumkan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Klang.

 

Menurut beliau, sepasukan pegawai dari Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Negeri telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kontena yang diikrarkan sebagai mengandungi amonia bikarbonat. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 116,952 tin bir import disembunyikan di dalam muatan kontena terbabit.

 

“Ketiga-tiga kontena tersebut disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Timur dan telah diimport masuk oleh sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Cheras,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam, Bagan Jermal, di sini, pada Khamis.

 

Datuk Rohaizad turut menyatakan bahawa anggaran keseluruhan rampasan termasuk nilai cukai dan duti mencecah RM2,713,468.56.

 

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dalam cubaan penyeludupan ini.


#Maahgeshan

Leave a Comment
Trending News