Alaioli
Rafizi dan Nik Nazmi masih terikat dengan Bon parti RM10 juta, dianggap lompat parti-Fuziah

By Ilamparithi

JOHOR BAHRU - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan dipercayai sudah menyertai Parti Bersama Malaysia (MU) lebih awal berdasarkan maklumat di laman sesawang parti berkenaan.

Katanya, tindakan itu boleh dianggap sebagai lompat parti terlebih dahulu sebelum pengosongan kerusi dibuat pada hari ini sekali gus menyebabkan syarat bon parti masih berkuat kuasa.

\"Dengan cara itu mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk Parti Bersama Malaysia, \'timestampnya\' 17 hari bulan (semalam).

\"Kalau ikut perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 hari bulan, sebelum mereka mengosongkan kerusi mereka pada hari ini,\" katanya ketika mengulas berhubung isu berkenaan.

Tambah beliau, PKR menyerahkan perkara berkenaan kepada pasukan peguam parti sebelum sebarang tindakan undang-undang diputuskan.

Jelasnya lagi, isu tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR esok termasuk kemungkinan tindakan terhadap kedua-dua kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan.

Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan beliau dan Nik Nazmi yang meruapakan Ahli Parlimen Setiawangsa tidak terikat dengan bon RM10 juta yang dikaitkan dengan PKR susulan keputusan mereka meninggalkan parti itu.

Beliau berkata, langkah mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu menjadi faktor utama mereka tidak tertakluk kepada tindakan berkenaan.

Menurutnya, bon tersebut hanya terpakai sekiranya seseorang Ahli Parlimen keluar parti dan menyertai parti lain tanpa melepaskan kerusi yang dimenangi atas tiket PKR.-Alaiolinews

Leave a Comment