Alaioli
By Aaioliteam
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Menurut Penasihat DAP itu, peningkatan syarat daripada 30 peratus kepada 50 peratus dilihat sebagai satu perubahan dasar yang perlu diteliti semula.
Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan peningkatan syarat tersebut kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada ekosistem pelaburan serta amalan urus niaga hartanah berskala besar di negara ini.
“Dasar-dasar dalam Garis Panduan Pemerolehan Hartanah (PAG) ini telah dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan terdahulu tanpa sebarang pindaan.
“Peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus oleh kerajaan semasa bukan sahaja menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong PH.
“Tetapi juga menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan ini mungkin akan melakukan perkara yang sama terhadap instrumen dasar dan pengaturan pentadbiran lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.-Alaiolinews
கட்சி செய்திகள்
PAS adakan mesyuarat tergempar di kediaman MB Terengganu, pimpinan enggan temui media
சமூக நிகழ்வுகள்
கோல சிலாங்கூர் செரி பிரிஸ்தானா குடியிருப்பில் ஏற்பட்ட தீ விபத்தில் பாதிக்கப்பட்ட குடும்பங்களுக்கு உடனடி நிவாரண உதவிகள்
குற்றச்சம்பவங்கள்
Polis lepaskan tembakan tahan 3 suspek
WEATHER
Asia Tenggara di ambang krisis iklim ekstrem
காவல்துறை செய்திகள்
Pemain Ragbi SUKMA Pulau Pinang meninggal dunia semasa berlatih
கால்பந்து
JDT lakar sejarah juara Piala Malaysia kali keempat berturut-turut
தலைவர்கள் பேச்சு
Guan Eng tidak setuju syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera dalam lupus tanah
காவல்துறை செய்திகள்
Kematian lelaki di bilik hotel bongkar pesta dadah