Alaioli
By AlaioliCrime
KAJANG – Polis melepaskan tembakan selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin berdepan ancaman ketika cuba menahan tiga suspek di Jalan Batu 15 1/4, Dusun Tua, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 malam.
Menurut beliau, polis berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang berada di dalam sebuah kenderaan dalam operasi tersebut.
“Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod narkotik.
“Seorang suspek wanita pula mempunyai empat rekod jenayah serta 11 rekod narkotik, manakala seorang lagi wanita memiliki enam rekod jenayah dan dua rekod narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan digunakan suspek memakai nombor pendaftaran palsu.
“Polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit dan alat kawalan jauh kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes disiasat IPD Tampin,” ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
“Kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya lagi.-Alaiolinews
கட்சி செய்திகள்
PAS adakan mesyuarat tergempar di kediaman MB Terengganu, pimpinan enggan temui media
சமூக நிகழ்வுகள்
கோல சிலாங்கூர் செரி பிரிஸ்தானா குடியிருப்பில் ஏற்பட்ட தீ விபத்தில் பாதிக்கப்பட்ட குடும்பங்களுக்கு உடனடி நிவாரண உதவிகள்
குற்றச்சம்பவங்கள்
Polis lepaskan tembakan tahan 3 suspek
WEATHER
Asia Tenggara di ambang krisis iklim ekstrem
காவல்துறை செய்திகள்
Pemain Ragbi SUKMA Pulau Pinang meninggal dunia semasa berlatih
கால்பந்து
JDT lakar sejarah juara Piala Malaysia kali keempat berturut-turut
தலைவர்கள் பேச்சு
Guan Eng tidak setuju syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera dalam lupus tanah
காவல்துறை செய்திகள்
Kematian lelaki di bilik hotel bongkar pesta dadah