Alaioli
By Sukan Alaioli
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah apabila muncul pasukan pertama merangkul empat kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut selepas menumbangkan Kuching City 2-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menempa satu lagi sejarah baharu apabila menjadi satu-satunya pasukan Liga Malaysia 'quadruple' buat empat musim berturut-turut.
Piala Malaysia menjadi penutup terbaik untuk melengkapkan musim penuh gemilang JDT yang sudahpun memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan juga Liga Super 12 kali berturut-turut selain melakar rekod dunia tanpa kalah dalam 108 perlawanan liga.
Kuching City jelas terpaksa membayar harga mahal susulan kegagalan Ramadhan Saifullah Usman menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60 yang boleh meletakkan pasukan itu di depan.
Penyerang JDT, Bergson da Silva menggamatkan Stadium Nasional apabila membuka jaringan pada minit ke-12 namun dibatalkan selepas dia terlebih dahulu mengasari pertahanan lawan ketika cuba memenangi bola.
Kuching City turut terlepas peluang terbaik untuk mendahului perlawanan apabila tampanan Ramadhan yang menyambut hantaran lintang Joao Pedro gagal menepati sasaran meskipun berada dalam posisi baik untuk menjaringkan gol.-Alaiolinews
கட்சி செய்திகள்
PAS adakan mesyuarat tergempar di kediaman MB Terengganu, pimpinan enggan temui media
சமூக நிகழ்வுகள்
கோல சிலாங்கூர் செரி பிரிஸ்தானா குடியிருப்பில் ஏற்பட்ட தீ விபத்தில் பாதிக்கப்பட்ட குடும்பங்களுக்கு உடனடி நிவாரண உதவிகள்
குற்றச்சம்பவங்கள்
Polis lepaskan tembakan tahan 3 suspek
WEATHER
Asia Tenggara di ambang krisis iklim ekstrem
காவல்துறை செய்திகள்
Pemain Ragbi SUKMA Pulau Pinang meninggal dunia semasa berlatih
கால்பந்து
JDT lakar sejarah juara Piala Malaysia kali keempat berturut-turut
தலைவர்கள் பேச்சு
Guan Eng tidak setuju syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera dalam lupus tanah
காவல்துறை செய்திகள்
Kematian lelaki di bilik hotel bongkar pesta dadah