Alaioli
By Ilamparithi
GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan dimuktamadkan oleh kepimpinan pusat.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika berlaku pilihan raya lebih awal.
“Tidak ada masa yang benar-benar sesuai atau tidak sesuai. Apabila Dewan dibubarkan maka ketika itu kita perlu bersedia sepenuhnya.
"Setakat ini, kita menilai tahap kesiapsiagaan sekitar 75 peratus. Itu penilaian realistik kita, bukan 100 peratus tetapi cukup bersedia jika pilihan raya berlaku pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Selasa.
Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata demikian ketika ditanya tentang tahap kesiapsiagaan kerajaan negeri untuk menghadapi PRU16 yang dijangkakan pada hujung tahun ini.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan corak kerjasama dan pertindihan kerusi di beberapa negeri, Kon Yeow berkata, ia tidak boleh ditafsir secara menyeluruh tanpa mengambil kira konteks negeri tertentu.-Alaiolinews
அரசியல் பகுப்பாய்வு
தேசிய முன்னணி மற்றும் நம்பிக்கை கூட்டணி தனித்துப் போட்டியிட்டால் இரு தரப்பிற்கும் பாதிப்பு ஏற்படும் - நினைவுறுத்துகிறார்
சமூக நிகழ்வுகள்
சிவாலெனின் உட்பட மூவருக்கு ஹைக்கூ சுடரொளி விருது - உலக ஹைக்கூ மாநாட்டில் வழங்கப்பட்டது!!
தேசிய செய்திகள்
Datuk Dennis Lim Kwang Keng dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu
குற்றச்சம்பவங்கள்
Enam tahun pakai kereta mewah tanpa bayar cukai jalan
சாலை விபத்துகள்
Remaja maut tiang lampu tembus kepala dalam nahas jalan
தேர்தல் செய்திகள்
PH di Pulau :Pinang bersedia 75 peratus untuk hadapi kemungkinan PRU-16
கட்சி செய்திகள்
ஐபிஎப் பாகான் டத்தோ தொகுதியின் 34 ஆம் ஆண்டு பொது கூட்டம்
கால்பந்து
Danushri, top scorer in Liga Puteri B-16 2026