Alaioli
Petronas beri jaminan minyak cukup sehingga Julai

Oleh Alaioliteam

PETALING JAYA – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memberi jaminan bahawa stok bekalan minyak negara adalah mencukupi sehingga Julai depan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan hari ini.

Beliau berkata, purata harga minyak mentah Brent bagi tempoh 18 hingga 22 Mei kini mencecah AS$111.67 (RM441.60) setong, meningkat 1.7 peratus berbanding AS$109.85 (RM434.40) pada minggu sebelumnya.

“Harga minyak Brent yang kekal tinggi melebihi paras AS$100 (RM395) setong menyebabkan peningkatan kos pengangkutan dan harga barang.

“Sekali gus mencerminkan pasaran tenaga global yang masih tidak menentu akibat risiko geopolitik,”katanya pada sesi Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Dalam pada itu katanya, purata harga Gas Asli Cecair (LNG) mengikut Japan Korea Marker (JKM) pula menunjukkan lonjakan 6.7 peratus daripada AS$17.86 (RM70.63) kepada AS$19.06 (RM75.37) MMBtu.- Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News