Alaioli
Oleh Alaioliteam
SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH mempunyai pengalaman pahit ketika bekerjasama dengan kedua-dua parti tersebut terutama Bersatu.
"Kita membentuk kerjasama dalam kerajaan, malah kita menyokong calon daripada Bersatu menjadi Perdana Menteri.
"Tapi akhirnya kita dikhianati dan dijatuhkan. Jadi memang saya secara peribadi tak percaya kepada bentuk kerjasama seperti ini," katanya.
Anthony bercakap kepada pemberita selepas program minum petang meraikan 406 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Seremban di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya Bersatu kemungkinan menyertai PH selepas Pas memaklumkan akan menilai semula kerjasamanya dengan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).
Anthony menegaskan bahawa PH juga tidak berhasrat menjalin kerjasama dengan parti tersebut kerana tidak mahu pengalaman dikhianati berulang lagi.
Katanya, kerjasama yang dibentuk dengan mana-mana parti perlulah berdasarkan atas keikhlasan bukannya disebabkan mahu mencari ruang disebabkan ditendang oleh pihak lain.
"Saya rasa tak timbullah perkara itu dan saya pun tak dengar lagi daripada mana-mana pihak yang Bersatu atau Pas nak sertai PH.
"Kita pun tak ada niat nak bekerjasama dengan kedua-dua parti itu. Kita jangan dipatuk ular dua kali, perlu ambil pendirian berhati-hati terutama untuk bekerjasama dengan Bersatu atau Pas," tegasnya lagi.-Alaiolinews
கட்சி செய்திகள்
PH tak mahu dipatuk ular dua kali - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke
குற்றச்சம்பவங்கள்
G-Wagon Datuk, Vellfire bekas pemain Harimau Malaya disita JPJ
இயற்கை பேரிடர்கள்
Rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi bangunan runtuh di Filipina
கால்பந்து
EPL: Perpisahan idaman buat Pep Guardiola
பேட்மிண்டன்
Masters Malaysia 2026: Sze Fei-Nur Izzuddin terlepas gelaran juara
மாநில செய்திகள்
வளரும் இளம் மாணவர்கள் தங்களது ஆரோக்கியத்தைப் பேணவும் அதே வேளையில் கட்டொழுங்கைக் கடைப் பிடிக்க வகைச் செய்யும் வகையிலும் சுக்கான் தாடிக்கா டயா மிண்டா அமைந்துள்ளது
கட்சி செய்திகள்
PAS adakan mesyuarat tergempar di kediaman MB Terengganu, pimpinan enggan temui media
சமூக நிகழ்வுகள்
கோல சிலாங்கூர் செரி பிரிஸ்தானா குடியிருப்பில் ஏற்பட்ட தீ விபத்தில் பாதிக்கப்பட்ட குடும்பங்களுக்கு உடனடி நிவாரண உதவிகள்