Alaioli
Oleh Alaioliteam
PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai ‘Geng RT’ menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Lembah Klang, April lalu.
Pengarah JSJN Bukit Aman Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak tahun 2020 dan terlibat dalam aktiviti pemprosesan serta pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine, heroin, ganja dan ephedrine di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau berkata, JSJN telah menjalankan tindakan agresif terhadap kumpulan jenayah terancang itu sejak Disember 2025.
“Pada 27 April lalu, JSJN melancarkan operasi dan berjaya menahan 12 lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang yang diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Dalam operasi sama, polis turut menahan seorang ahli sindiket di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama rampasan dadah jenis ganja seberat 8.5 kilogram,” katanya dalam kenyataan malam Ahad.
Tambah beliau, hasil semakan polis turut mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Jelasnya lagi, 12 suspek berkenaan direman selama 28 hari dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
“Seorang lagi suspek pula telah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada 8 Mei lalu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
Beliau berkata, JSJN kini masih giat mengesan saki-baki ahli sindiket yang dipercayai masih berada dalam negara.
“Pendekatan ini adalah komitmen berterusan JSJN dalam memastikan rangkaian sindiket pengedaran dadah dapat dilumpuhkan sepenuhnya kerana dadah adalah musuh nombor satu negara,” tegas beliau.-Alaiolinews
மக்கள் பிரச்சினைகள்
செரி சீடிங் இந்திய விவசாயிகளின் அத்தியாவசியத் தேவைகள் பூர்த்தி செய்யப்பட்டு வழங்கப்படும்-. உமா நந்தனி தகவல்
சமூக நிகழ்வுகள்
சிரமத்தை எதிர்நோக்கும் வாழ்வாதாரம் குறைந்தோருக்கு மாநில அரசின் உதவிகள் முன்னெடுக்கப்படும்- பாப்பா ராய்டு
இளைஞர் முன்னேற்றம்
பேராக் மாநில தமிழ்ப்பள்ளி மாணவர்களுக்கிடையிலான கால்பந்தாட்டத் திறமையை வெளிக்கொணர்ந்த டத்தோ சிவநேசன் சுழற்கிண்ணம்;
தேசிய செய்திகள்
Petronas beri jaminan minyak cukup sehingga Julai
கோவில் விழாக்கள்
சுங்கைபட்டாணி ஶ்ரீ சுப்பிரமணிய சுவாமி தேவஸ்தானத் தேர்தல் : இராஜேந்திரன் அணியே அமோக வெற்றி
மக்கள் பிரச்சினைகள்
Lelaki cedera digigit buaya di Port Dickson
காவல்துறை செய்திகள்
Tumpas ‘Geng RT’, 12 lelaki dicekup bawah SOSMA
கட்சி செய்திகள்
PH tak mahu dipatuk ular dua kali - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke