Alaioli
By Alaioliglobal
ISLAMABAD – Seorang pempengaruh Amerika Syarikat yang mengendalikan laman filantropi @whatintheworldfamily mengundang rasa terharu ramai netizen kerana bertindak membebaskan sebuah keluarga yang menjadi hamba berhutang selama beberapa generasi, lapor laman berita BRIEFLY.
Aaron Hutchings dan pasukannya melakukan perjalanan ke sebuah kilang bata di Pakistan dan membayar penuh hutang keluarga berkenaan.
Bayaran itu mengakhiri episod buruh hutang di mana beberapa generasi keluarga terbabit bekerja di kilang tersebut selama lebih 130 tahun, namun dengan sedikit bayaran demi melunaskan hutang mereka.
Dalam klip video tular baru-baru ini, seorang wanita memakai pakaian tradisional Pakistan dilihat memeluk Hutchings dengan penuh hiba dan rasa berterima kasih sambil diperhatikan beberapa wanita lain.
Buruh hutang berlaku apabila sebuah keluarga yang terdesak, mendapatkan pinjaman wang dan dipaksa bekerja untuk membayar balik hutang tersebut.
Sistem digelar sebagai perhambaan moden itu menyaksikan upah dibayar sangat kecil sedangkan faedah dikenakan amat tinggi, menyebabkan jumlah hutang semakin meningkat.
Apabila ibu bapa yang membuat pinjaman meninggal dunia, hutang itu diwarisi oleh anak-anak dan akhirnya, generasi seterusnya. Di Pakistan, kanak-kanak yang menjadi hamba berhutang terpaksa bekerja pada usia muda dan tidak berpeluang untuk bersekolah.
Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan seramai 4.5 juta orang di Pakistan hidup dalam situasi tersebut.-Agensi
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை