Alaioli
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina

By Alaioliglobal

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang warga Malaysia meninggal dunia, manakala seorang lagi selamat akibat insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina, kelmarin.

Menurut Wisma Putra, mangsa yang selamat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila telah memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada individu berkenaan.

“Kementerian juga dengan penuh dukacita mengesahkan bahawa seorang lagi warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, waris terdekat telah menerima pemakluman dan Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

Pada masa sama, kementerian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini.-Alaiolinews

Leave a Comment