Alaioli
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti

By Alaioliteam

SHAH ALAM - Hanya tiga ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela berbanding 21 yang didakwa sebelum ini.

Ketuanya, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan tersebut dipercayai didalangi oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.

"Siasatan dan semakan terperinci dijalankan terhadap senarai nama dalam kenyataan media yang didakwa berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran.

Sebelum ini media melaporkan, seramai 21 AJK PKR cabang itu bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

AJK tersebut dalam satu kenyataan pada malam Isnin mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya.

Menurut kenyataan itu, AJK berkenaan yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.

Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti.-Alaiolinews

Leave a Comment