Alaioli
By Alaioliteam
ALOR SETAR - Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu jika mahu dilakukan boleh dibuat lebih awal melalui kaedah mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan hilang sokongan majoriti terhadap Menteri Besar.
Menurutnya, langkah berkenaan tidak memerlukan sidang DUN untuk dilaksanakan sekiranya terdapat sokongan mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Itu pilihan dia (Abu Bakar), tetapi sebenarnya bukan tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya, di luar dewan juga boleh buat perkara itu.
“Himpun dan hantar SD sebelum sidang DUN boleh dibuat, tak perlu tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya,” katanya pada sidang media di Seri Mentaloon di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Ahad, Abu Bakar secara terbuka memaklumkan akan membubarkan DUN Perlis sekiranya enam ADUN mewakili PAS mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang DUN bulan depan.-Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை