Alaioli
By Alaioliteam
ALOR SETAR - Cubaan seorang pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire melarikan diri daripada operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila kenderaannya berjaya dikesan dan disita dalam operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota penguat kuasa mengesan MPV mewah berkenaan berada di hadapan sebuah pusat perubatan berhampiran Wisma Darul Aman.
Menurutnya, pemandu berusia lewat 30-an yang dipercayai seorang tauke lori kemudian cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan tersebut ke belakang sebuah bangunan di kawasan Mergong.
“Bagaimanapun, tindakan pemandu terbabit berjaya dikesan anggota penguat kuasa sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap kenderaan itu,” katanya pada Selasa.
Tambah beliau, hasil semakan mendapati kenderaan terbabit mempunyai lebih 20 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak membabitkan nilai melebihi RM6,000.Katanya, MPV itu juga didapati tidak memiliki cukai jalan serta perlindungan insurans yang sah.
Katanya, MPV itu juga didapati tidak memiliki cukai jalan serta perlindungan insurans yang sah.-Alaiolinews
குற்றச்சம்பவங்கள்
MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES
கட்சி செய்திகள்
Krisis Perlis: Undi tidak percaya terhadap MB tak perlu tunggu Sidang DUN Perlis - Sanusi
கட்சி செய்திகள்
Hanya 3 AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti
TAMIL SCHOOL
மலாக்கா மாநிலத்தில் தேசிய நிலையில் நடைபெற்ற சதுரங்கப் போட்டியில் ஜெஞ்ஜாரோம் தமிழ்ப் பள்ளி ' சதுரங்கச் சாணாக்கியன் ' விருது பெற்றது
இயற்கை பேரிடர்கள்
Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
தேசிய செய்திகள்
Kerajaan jimat subsidi lebih RM4.22 juta, inisiatif bekerja dari rumah
தேசிய செய்திகள்
Ketua ‘Geng Rames’ tumpas ketika menuju ke India - Polis
இளைஞர் முன்னேற்றம்
சுக்மா 22 ஆவது விளையாட்டுப் போட்டிகளில் இடம் பெறும் கபடியில் இந்திய கபடி வீரர்கள் சாதனைப் படைப்பர்= பாப்பா ராய்டு நம்பிக்கை