Alaioli
Na'imah, dua anak dipercayai berada di luar negara - JSJ Bukit Aman

Oleh Alaioliteam

KAJANG - Balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid serta dua anaknya yang sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan sabotaj kerajaan dipercayai masih berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Komisioner Datuk M Kumar berkata, hasil semakan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati kesemua mereka telah meninggalkan negara sejurus selepas laporan polis dibuat.

Katanya, pihak polis telah cuba menghubungi mereka sejak awal siasatan namun mendapati ketiga-tiganya sudah berada di luar negara.

“Setakat ini, seramai 17 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini pada Selasa.

Tambahnya, kertas siasatan kes berkenaan telah dilengkapkan dan kini dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk arahan serta nasihat lanjut.

Tambahnya, pihak polis masih menunggu maklum balas daripada AGC.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News